top of page

RM105 juta bantu perkhidmatan bas henti henti - Menteri Pengangkutan


Oleh: Abdullah Zaid


Kerajaan memperuntukkan dana sebanyak RM105 juta setahun bagi membantu syarikat bas berhenti-henti di seluruh negara.


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke (PH - Seremban) berkata, insentif di bawah Interim Stage Bus Service Fund (ISBSF) itu mampu memberi manfaat kepada syarikat pengendali perkhidmatan bas.


Jelasnya, bantuan tersebut juga boleh memberi manfaat kepada syarikat pengendali menyediakan perkhidmatan merangkumi 265 laluan di Semenanjung dan 88 laluan di Sabah dan Sarawak.


"Bagi menjamin penyediaan perkhidmatan bas berhenti-henti berterusan kepada rakyat yang memerlukan perkhidmatan tersebut, kerajaan telah memperuntukkan dana sebanyak RM105 juta setahun.


"Ia bantuan kepada pengendali bas berhenti-henti yang menanggung kerugian operasi untuk terus menyediakan perkhidmatan merangkumi 265 laluan di Semenanjung Malaysia dan 88 jumlah laluan di Wilayah Sabah dan Sarawak," katanya.


Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Ahli Parlimen Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali (BN - Pekan) berkenaan isu pengangkutan awam di bandar dan luar bandar.


Selain itu, katanya, kerajaan pada ketika ini juga memperuntukkan dana RM150 juta bagi menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam MyBas di kawasan sedia ada dan lokasi baharu.


"Ia bertujuan menambah baik perkhidmatan dari aspek kemampanan (sustainability), kebolehharapan (reliability) dan meningkatkan penggunaan pengangkutan awam.


"Program ini juga dijangka akan dikembangkan ke bandar-bandar lain secara berfasa," ujarnya lagi.


Sebagai rekod, insentif MyBas menyediakan perkhidmatan bas percuma kepada warga tua, Orang Kurang Upaya (OKU) dan pelajar sekolah sebagai galakkan menggunakan pengangkutan awam dan ia mula diperkenalkan pada Ogos lalu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page