top of page

RM10 juta untuk PeKA TVET disambut baik Jabatan Penjara

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 16, 2023
  • 1 min read


Peruntukan sebanyak RM10 juta bagi Program PeKA (Peluang Kedua Anda) TVET yang diperkenalkan dalam Belanjawan 2024 disambut baik Jabatan Penjara Malaysia.


Melalui satu kenyataan agensi itu menyifatkan ia sebagai pengiktirafan kepada usaha berterusan Jabatan Penjara Malaysia dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada pesalah yang menyelesaikan tempoh hukuman mereka.


"Dengan kerjasama berterusan bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan pihak industri, jabatan ini bertekad memperkasakan banduan dengan kemahiran teknikal dan vokasional (TVET) dalam bidang perindustrian, perladangan dan pertanian.


"Melalui kerjasama ini juga, jabatan ini berharap dapat meningkatkan kadar produktiviti banduan dengan lebih efektif," kata kenyataan tersebut.


Tambah Jabatan Penjara, majikan dan industri boleh memainkan peranan dalam membantu membuka peluang pekerjaan yang lebih luas kepada golongan banduan dan bekas banduan.


"Kerjasama ini bertujuan membantu mereka mengatasi rintangan sosial dan mengembalikan mereka ke dalam masyarakat sebagai individu lebih positif dan berdaya saing. Ketika ini, Jabatan Penjara sedang berusaha memenuhi keperluan sebanyak 6,000 peluang pekerjaan sebulan.


"Dengan memberikan peluang pekerjaan dan sokongan, ia dapat membantu mereka membina kehidupan lebih baik serta mengurangkan jumlah pengulanglaku jenayah sekali gus memberi manfaat kepada masyarakat


"Dalam merealisasikan hasrat ini, Yayasan Koreksional Penjara akan digerakkan bagi memberi bantuan bersesuaian untuk memulihkan banduan secara holistik," kata kenyataan itu.


Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat memaklumkan Program PeKA oleh Jabatan Penjara berjaya menyediakan peluang pekerjaan kepada pesalah yang mengakhiri tempoh hukuman.


Justeru itu, beliau mengumumkan bahawa kerjasama dengan syarikat untuk menjayakan program PeKA akan diteruskan pada tahun hadapan.


Selain itu, katanya, sebanyak RM10 juta turut disediakan bagi melaksanakan Program PeKA TVET untuk menyediakan latihan kompetensi yang diakreditasi oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) kepada pesalah.


Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page