top of page

RM1.863 bilion untuk Terengganu, bukti negeri pembangkang tidak dipinggirkan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 22
  • 1 min read


Perdana Menteri menepis dakwaan segelintir pihak yang mendakwa kononnya pentadbirannya meminggirkan negeri pembangkang termasuk Terengganu.


Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, untuk tahun ini, Kerajaan MADANI memperuntukkan RM1.836 bilion sebagai Perbelanjaan Pembangunan di Terengganu yang meningkat berbanding RM1.597 bilion yang diperuntukkan tahun lalu.


"Peruntukan ini menunjukkan terdapat pertambahan sebanyak RM239 juta berbanding peruntukan tahun 2024.


"Saya sebut ini sebab ada yang salah faham, diorang kata Anwar tak jaga Terengganu," katanya dipetik.


Mengulas lanjut Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan, kerajaan juga telah memperuntukkan RM2.243 bilion bagi pelbagai projek tebatan banjir dan pemuliharaan muara sungai atau hakisan pantai di negeri itu.


Menurutnya, sebahagian besar peruntukan terdiri daripada projek pemuliharaan muara sungai dengan nilai keseluruhan RM999.86 juta.


"Selebihnya merupakan projek-projek di bawah Rancangan Tebatan Banjir sebanyak RM581.39 juta serta Projek Loji Rawatan Kumbahan dan Rangkaian Paip Pembetungan bernilai RM662.26 juta," jelasnya.


Sementara itu beliau turut memaklumkan, berdasarkan data Sistem MyProjek setakat 10 Mac lepas, sebanyak 432 projek telah diluluskan di Terengganu.


Manakala sebanyak 1,363 projek di seluruh negara telah siap dengan kos keseluruhan RM60.10 bilion dan daripada jumlah itu, 83 adalah di Terengganu.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page