top of page

Rizab Selangor terkini RM3.4 bilion, waktu Azmin RM2.8 bilion, prestasi siapa merosot?



Kenyataan bekas Menteri Besar (MB) Selangor yang ke 15, Azmin Ali kononnya prestasi Selangor telah merosot di bawah pentadbiran MB Datuk Seri Amirudin Shari dibidas.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Halimey Abu Bakar, Azmin perlu berpijak di bumi nyata sebelum menuduh kononnya PH telah menyebabkan prestasi negeri merosot.


Katanya, perbadingan rizab Selangor sewaktu Azmin menjadi MB dan Datuk Seri Amirudin sudah boleh menjawab kritikan pemimpin kanan PN itu.


"Adakah Azmin tidak sedar rizab Kerajaan Negeri Selangor yang beliau tinggalkan seperti Laporan Sidang DUN Selangor pada Mac 2018 hanyalah RM2.8 bilion? Beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar secara rasminya pada 19 Jun 2018.


"Sedangkan rizab Selangor yang ditinggalkan melalui Laporan Sidang DUN pada April 2015 untuk tahun berakhir 2014 adalah sebanyak RM3.2 bilion yang diwarisi dari MB Tan Sri Khalid Ibrahim.


"Agaknya beliau “amat teruja” dengan kenyataan Datuk Seri Amirudin Shari, MB Selangor hari ini dalam Program Iltizam Selangor Penyayang Daerah Sabak Bernam menyatakan bahawa rizab Kerajaan Negeri telah meningkat kepada RM3.4 Bilion.


"Ini menunjukkan bahawa kepimpinan di bawah beliau telah pun berjaya menjana tambahan rizab sebanyak RM600 juta semenjak 4 tahun yang lalu," katanya dengan membandingkan rizab yang lebih teruk ditinggal oleh bekas MB Khir Toyo ketika BN tumbang di negeri itu pada Pilihan Raya Umum 2008 lalu.


Oleh itu, ADUN Sri Setia itu menyelar Azmin yang mempunyai ingatan singkat dan tidak sedar pada era pentadbiranya Kerajaan Negeri terlalu berbelanja dan tidak mampu menabung dengan baik.


"Sedarkah Azmin hampir 4 tahun beliau memegang jawatan MB Selangor ke 15, beliau sebenarnya tidak mampu meningkatkan rizab malah mengurangkannya sebanyak RM400 juta?


"Pentadbiran Kerajaan Selangor di bawah kepimpinan Datuk Seri Amirudin sebaliknya telah menghadapi cabaran amat getir selama hampir 2 tahun Malaysia dilanda pandemik Covid 19, berjimat dan mampu meningkatkan rizab negeri

Selangor kepada RM3.4 bilion ketika ini.


"Azmin seharusnya berasa malu untuk menyatakan dan menuduh prestasi Kerajaan Selangor merosot. Janganlah bermimpi di siang hari mempertikaikan kejayaan kerajaan Selangor," katanya.


Selain kejayaan meningkatkan rizab, Halimey berkata, pentadbiran MB Amirudin juga telah memperkenalkan pelbagai program rakyat yang lebih mampan dan menitik beratkan kebajikan rakyat melalui “Iltizam Selangor Penyayang”


"Program seperti Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS), Jualan Ehsan Rakyat (JER), Skim Insuran Am Selangor (INSAN) dan lain-lain meliputi 44 skim untuk kelestariaan rakyat adalah lebih baik berbanding Inisiatif Peduli Rakyat yang diperkenalkan Azmin sebelum ini sekitar 33 program," katanya lagi.


Oleh itu, tegas beliau, tiada tempat bagi Menteri PN tersebut untuk menabur tohmahan di Selangor kononnya PH menyebabkan prestasi negeri telah merosot.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page