top of page

Ringgit stabil, bursa saham naik kenapa pakar ekonomi tidak dedah?



Pakar ekonomi dan media arus perdana dicabar untuk mendedahkan hal sebenar mengenai ekonomi Malaysia.


Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli menyelar media yang melaporkan berita kejatuhan ekonomi Malaysia untuk hanya sedap didengar penyokong pembangkang PN sahaja.


Katanya, berkenaan nilai ringgit, matawang itu merosot hanya menghadapi dolar Amerika Syarikat (AS) dan dolar Singapura tetapi diperbesarkan seolah olah merosot berbanding semua matawang utama dunia.


"Kadang kadang saya kecewa. Menang betul kita terpaksa mengambil keputusan tak bebankan rakyat. Kabinet setuju pandangan Nank Negara dikekalkan kadar faedah (yang rendah menyebabkan pelabur mata wang beralih ke dolar) walaupun itu ada kesan kepada nilai ringgit, tetapi akan terus mengembangkan ekonomi negara


"Faktanya, akhir Jun 2023 ke September 2023 memang betul ringgit melemah. Kita susut nilai 0.2% dengan Singapura dolar, kita susut nilai 0.6% dengan dolar AS.


"Tetapi tak pernah disebut kita mengukuh 2.9% dengan Yen, 2.4% dengan Bath Thailand, kukuh 2.4% dengan Sterling (UK), kukuh 2% dengan Rupiah, kukuh 1.8% dengan peso (Filipina), 1.7% won (Korea), 1.6% dengan Euro mengukuh, 1.4% mengukuh dengan dolar Australia


"Yang kita lemah dengan dolar Singapura dan AS sahaja. Yang lain naik dia tak cerita. Kalau nak cerita maka ceritalah semua," sinisnya pada ucapan penggulungan Kongres Nasional KEADILAN 2023, petang semalam.


Menurut Rafizi lagi, media dan pakar ekonomi juga sering menggambarkan pasaran saham di bursa Malaysia lemah sedangkan pengukuhan bursa Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia.


"Orang cerita bursa saham teruk. Dia tak tengok dari prestasi akhir Jun ke akhir Sept 2023, bursa KL adalah antara terbaik dibandingkan bursa seluruh dunia


"Kita hanya nombor 2 di belakang Jakarta, bursa Jakarta meningkat 4.2%, KL meningkat 3.4%


"Mengalahkan semua bursa lain. Vietnam 3% sahaja naik. Mumbai (India) naik 1.7%, London (UK) naik 1%, Singapura 0.4%, Bangkok, Manila New York, Seoul (Korea), Nasdaq, semua ini menguncup," katanya.


Mengenai kenaikan harga barang pula, Rafizi mahu pakar ekonomi pro PN membuktikan berlaku kenaikan besar besaran harga kerana faktanya inflasi di Malaysia antara yang terendah di dunia,


"Waktu kita mula ambil alih kerajaan inflasi 4%. Sekarang inflasi tak sampai 1.8%


"Itu saya tanya, ikut mana harga barang naik," katanya lagi mengupas tajuk ekonomi pada ucapan tersebut.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page