top of page

Prestasi Ringgit dijangka lebih baik sepanjang 2024



Nilai ringgit dijangka mengukuh berbanding matawang dolar Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh terdekat.


Hal itu dinyatakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dalam kenyataan hari ini. Menurut bank pusat itu, pemerhati pasaran mendapati pengukuhan dolar atau kenaikan kadar faedah telah mencapai puncaknya bagi AS dan Rizab Persekutuan AS dijangka akan mula menurunkan kadar faedah sedikit masa lagi.


"Peserta pasaran kewangan berpandangan bahawa kadar dasar Amerika Syarikat (AS) telah mencapai paras tertingginya dan Federal Reserve AS akan mula mengurangkan kadar dasar pada tahun 2024 dalam keadaan disinflasi yang berterusan," kata kenyataan BNM.


Berlatarkan keadaan itu, jelas BNM, ringgit menambah nilai sebanyak 2.1% berbanding dolar AS pada suku keempat, selaras dengan mata wang serantau susulan penurunan nilai dolar AS yang meluas.


"Kedudukan luaran Malaysia juga kekal menyokong aliran masuk. BNM akan terus memastikan mudah tunai mencukupi untuk menyokong fungsi pasaran pertukaran asing domestik yang teratur," jelasnya.


Pada masa hadapan, bank pusat itu menjangka pertumbuhan Malaysia bertambah baik disebabkan oleh perbelanjaan dalam negeri yang berdaya tahan dan pemulihan permintaan luaran


"Pertumbuhan pada tahun 2024 akan didorong oleh perbelanjaan dalam negeri yang berdaya tahan dan permintaan luaran yang bertambah baik.


"Bersama-sama dengan peningkatan kitaran teknologi, permintaan luaran yang lebih kukuh dan sektor pelancongan yang terus bertambah baik akan memberikan sokongan kepada eksport Malaysia


"Di dalam negeri, perbelanjaan isi rumah akan disokong oleh pertumbuhan guna tenaga dan upah yang berterusan. Aktiviti pelaburan akan disokong oleh kemajuan lanjut projek jangka masa panjang oleh sektor swasta dan awam serta pelaksanaan inisiatif pemangkin di bawah pelbagai pelan induk nasional," kata kenyataan itu.


Pada tahun 2024, ramalan BNM inflasi dijangka sederhana yang mencerminkan secara amnya keadaan kos dan permintaan stabil


"Bagaimanapun, prospek inflasi terus sangat dipengaruhi oleh perubahan dasar dalam negeri mengenai subsidi dan kawalan harga serta perkembangan harga komoditi dan pasaran kewangan global," ujarnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page