top of page

Retreat AMK Johor: Hala tuju, langkah terancang disusun hingga 2023



Retreat Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor baru-baru ini dilaksanakan dengan jayanya secara atas talian.


Menurut Pengarah Komunikasi AMK Johor, Firdaus Zainal, peserta retreat tersebut dibahagikan kepada lapan kumpulan yang mempunyai skop tugasan masing-masing


Katanya, setiap kumpulan membentangkan pelan dan huraian perancangan rapi untuk gerak kerja AMK Johor sehingga 2023.


"Penerangan, Komunikasi , Guaman & Undang-Undang , kebajikan , Pemerkasaan Keanggotaan baharu, pendukung perlembagaan parti, unit latihan, golongan mahasiswa juga pendidikan malah strategi pilihan raya serta persiapan juga diutarakan dan dibincangkan.


"Fokus, strategi dan output adalah suatu pemecahan pelan yang menjadi sifir retreat AMK Johor kali ini. Setiap anggota berperanan untuk menatijahkannya secara nyata dan dipantau dari semasa ke semasa," katanya.


Menurut beliau, retreat dirasmikan oleh Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor, Syed Ibrahim Syed Noh yang memberi kata-kata aluan. Manakala ucapan penutup oleh Ketua AMK Malaysia, Akmal Nasir.


"Selain ucapan penghargaan, beberapa input penting lain turut disampaikan oleh kedua-dua sosok penting parti kepada kami.


"Saya juga ucapkan sejuta penghargaan kepada Ketua AMK Malaysia, Ketua AMK Johor dan anggota AMK Johor kerana menakrifkan dengan serahan berupa sijil penghargaan, perkhidmatan terbaik saya kepada AMK Johor diatas khidmat saya selaku Pengarah Komunikasi AMK Johor sesi 2020/2021," katanya lagi.


Tambah beliau, retreat AMK Johor tersebut akan dibukukan dan dibentang dalam Mesyuarat MPAMKJ nanti serta kepada seluruh anggota AMK Johor sebagai panduan untuk memacu sayap parti.

0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page