top of page

Renungi konsep pengorbanan Nabi Ibrahim, Ismail - Dr Wan Azizah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 day ago
  • 2 min read

DS Dr Wan Azizah mahu umat Islam menghayati erti pengorbanan Nabi Ibrahim dan Ismail a.s
DS Dr Wan Azizah mahu umat Islam menghayati erti pengorbanan Nabi Ibrahim dan Ismail a.s

Oleh: Akmal Manaf


Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terus mendapat tempat di hati penduduk atas keprihatinan berterusan terhadap kebajikan rakyat khususnya golongan memerlukan.


Sehubungan itu, Dr Wan Azizah pagi tadi hadir dalam Majlis Penyerahan Lembu Qurban Aidiladha Parlimen Bandar Tun Razak yang diagih agihkan kepada seluruh masjid di kawasan parlimen berkenaan.


Beliau dalam ucapannya mengajak umat Islam menghayati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang merupakan intipati kepada perayaan Hari Raya Aidiladha.


Katanya, pengorbanan semata mata kerana Allah perlu dilakukan tanpa syarat sebagaimana ditempuhi isteri Nabi Ibrahim, Siti Hajar bersama puteranya Ismail yang ditinggalkan di tengah tengah padang pasir di kota Mekah sekarang. Termasuklah melaksanakan arahan Allah untuk menyembelih atau mengorbankan Nabi Ismail apabila puteranya itu telah membesar.


"Kita kena lihat pengorbanan ini (ke atas Ismail). Apa nak jadi, jadilah. Apa yang Allah perintahkan itu yang dilakukan.


"Nabi Ibrahim tidak tahu Allah akan tukar (anaknya) dengan (haiwan) kibas.


"(Peristiwa) ini yang diambil sebagai korban. Korban yang kita buat semata mata kerana Allah.


"Itulah pengorbanan. Ini memberi makna (kepada) apa yang kita buat," katanya.


Bagi Setiausaha Politik Perdana Menteri (PM), Datuk Azman Abidin pula, meskipun Bandar Tun Razak (BTR) terletak di tengah-tengah ibu kota, ia merupakan antara kawasan yang menempatkan ramai golongan asnaf.

Datuk Azman Abidin
Datuk Azman Abidin

"BTR walaupun di Kuala Lumpur, ia sebuah kawasan yang boleh dikatakan ramai golongan asnaf yang patut kita santuni.


"Alhamdulillah kita mempunyai seorang ahli parlimen yang kita rasa ramai sayang.


"Warga BTR bersyukur kerana dapat ahli parlimen seperti Datuk Seri Dr Wan Azizah," katanya.


Menurut Azman lagi, hampir semua permohonan bagi lembu korban tahun ini telah berjaya dipenuhi.


Oleh itu katanya, ucapan terima kasih dirakamkan kepada semua penyumbang yang hadir serta yang tidak dapat hadir pada hari ini.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page