top of page

Reformis penerus agenda Masyarakat Madani - Mustaffa Kamil

Updated: Jun 7, 2023



Malaysia Madani yang menjadi agenda nasional pada ketika ini berasal daripada Masyarakat Madani yang dicetuskan ideanya oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1995, ketika beliau menjawat Timbalan Perdana Menteri Malaysia.


Demikian perkisahan yang dibawa oleh Presiden Rapat Rakyat, NGO pembela Reformis dalam forum "Malaysia Madani: Kesinabungan Dua Dekad Reformasi" anjuran NGO Rapat Rakyat, malam tadi.


"Istilah Madani ini dipopularkan oleh Datuk Seri Anwar pada 1995 di Festival Istiqlal di Jakarta, Indonesia. Juga pada 1996 simposium kebangsaan di UKM, Datuk Seri Anwar merupakan pemberi ucap utama kepada simposium tersebut (mengungkapkan perihal Madani)


"Tetapi pada 1998 Masyarakat Masyarakat madani dibakul sampahkan oleh (Perdana Menteri) Tun Mahathir. Selepas Anwar dipecat (daripada kerajaan) memang (madani) dibakul sampahkan.


"Namun sebagai pemimpin mahasiswa pada waktu itu saya terpanggil untuk menghidupkan terus idealime Masyarakat Madani ini," katanya.


Kemudian sebagai Setiausaha Agung KEADILAN pada tahun tahun awal usia parti, kata Mustaffa, beliau meneruskan agenda Masyarakat Madani itu dengan menulis tesis master beliau pada 2002 yang kemudian diterbitkan oleh sebuah syarikat penerbitan pada 2004.


Dalam keterbatasan media ketika itu katanya, agenda Madani tetap juga diselitkan dalam lidah rasmi parti Suara Keadilan agar masyarakat tidak melupakannya.


"Dalam masa sama kemudiannya kita terus menggerakkan secara perlahan lahan dalam konteks KEADILAN.


"Alhamdulillah kita bawa idea demikian. Sebab itu petang tadi kita melancarkan semula Koperasi Masyarakat Madani Malaysia. Kita guna Masyarakat Madani itu sejak awal, kemudian koperasi kita 2019 kita namakan Koperasi Masyarakat Madani Malaysia. Maknanya kita meneruskan idealime Datuk Seri Anwar.


"Alhamdulillah pada 2022 Kerajaan Perpaduan dengan slogan Malaysia Madani telah pun terwujud dengan dokongan bersama Umno sebagai parti tunggak yang membentuk Kerajaan Perpaduan," katanya.


Tambah Mustaffa, beliau berharap agenda Madani akan menjadi agenda yang memelihara rakyat Malaysia dalam politik dan kenegaraan secara yang lebih bermaruah berbanding amalan politik terdahulu.


Berkenaan buku Masyarakat Madani tulisan beliau pula, ianya telah diterbitkan semula oleh anak syarikat Universiti Islam Antarabangsa dan akan memasuki pasaran dalam masa terdekat.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page