top of page

Reformasi masih di hati reformis umur 91 tahun



Meskipun usianya telah mencecah 91 tahun, Salim Koh yang berhijrah menganut agama Islam sejak berumur 17 tahun masih kekal mendukung idealisme reformasi sejak Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengisytiharkannya 24 tahun lalu.


Menurut Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Andre Lai yang berkunjung ke rumah Salim Koh baru baru ini, reformis yang telah mempunyai 7 cicit itu masih boleh menceritakan dengan jelas nostalgia 1998 kebangkitan perjuangan rakyat di Kuala Lumpur.


"Saya memang mengenali individu seperti Hj Salim yang amat menghargai Datuk Seri Anwar Ibrahim ini. Ramai masih boleh mengingat laungan reformasi pertama pada 1998 di Dataran Merdeka. Kepada mereka yang telah berusia 40-an, pasti mempunyai memori yang jelas detik-detik tegang ketika itu.


"Akan tetapi, generasi selepas reformasi tidak mempunyai sentimen yang mendalam dalam arus politik negara," katanya.


Agak malang, kata Andre, generasi muda tidak begitu faham erti reformasi dan tidak banyak mengenali pemimpin PH melainkan pemimpin yang banyak muncul di media sosial seperti Nurul Izzah, Syed Saadiq, Hannah Yeoh dan beberapa nama lain.


Namun dengan berubahnya landskap politik negara, kata Andre Lai, perlu usaha yang mantap digerakkan untuk memperolehi kualiti individu seperti Salim Koh yang bergelumang dengan perjuangan memperbaiki anak bangsa.


"Landskap politik negara berubah, setelah Kerajaan Perpaduan Malaysia Madani ditubuhkan. Undi18 memberi nafas baru dalam pemantapan demokrasi negara.


"Anak muda, tidak kira mereka mahasiswa atau yang berada dalam arus pembelajaran vokasional perlu diberi lebih input daripada pihak kerajaan tentang pengetahuan politik agar mereka lebih matang," katanya lagi.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page