top of page

Reformasi bertahan dua dekad kerana perjuangan bawa perubahan - Dr Badrulamin

Updated: Sep 23, 2021



Umum sering bertanya apakah kekuatan Reformasi dan reformis - pendukung Reformasi dalam bertahan selama dua dekad.


Presiden Pro-Reformis 98, Dr Badrulamin Baharon mempunyai jawapannya, iaitu tekad untuk membawa perubahan.


Menurut beliau yang sebelum gelombang Reformasi berada di kemuncak kerjaya di Universiti Islam Antarabangsa dan sebagai panel Forum Perdana Ehwal Islam, semangat untuk membawa perubahanlah menjadikan beliau bertahan sehingga di usia 60 tahun, hari ini.


"Aku hanya berusaha melakukan perubahan sekadar kemampuanku (terjemahan ayat al Quran). Saya melihat kemampuan ini datang dari keazaman, mahu atau tidak berjuang. Saya mahu dan saya mampu maka saya buat.


"Dari mana datang kemahuan? Datang dari hati. Saya melihat obor Reformasi berterusan 23 tahun, dari saya muda sampai sekarang saya 60 tahun, bertahan. Sebab apa? Sebab ia datang dari hati. Bukan hanya mengidolakan Anwar tetapi perjuangan membawa perubahan.


"Saya kata, kita pensyarah undang-undang di UIA, kita harus ada pendirian apabila undang-undang dimainkan di mahkamah waktu itu, saya berkata kepada pelajar, kalau kamu keluar jadilah lawyer bukan liar (penipu)," katanya.


Dr Badul yang pernah beberapa kali menjadi calon pilihan raya umum sejak pertama kali KEADILAN bertanding pada 1999 mahu generasi muda meneruskan perjuangan membawa perubahan total


Manakala generasi lama agar terus bertahan dan berjuang selagi mana kemenangan mutlak belum dikurniakan Allah


"Ada orang bertanya, ustaz bertahan sampai hari ini sebab apa? Ustaz tak ada jawatan. Saya kata saya berjuang kerana Allah dan datang dari lubuk hati saya.


"Dalam usia 60 tahun saya masih mampu dan saya mengajak anak muda di luar sana bangkit," katanya.


Beliau turut berkongsi saat berjuang pada 1998 yang jauh lebih sukar berbanding sekarang, tanpa media sosial atau kecanggihan teknologi internet.


"Bila berlaku 20 September saya sebagai pensyarah di UIA dalam kuliah, saya peruntukan 10 - 15 minit cerita kezaliman, fitnah ke atas Anwar dan saya kongsi kepada pelajar stiker ADIL, Gerak dan lain-lain ketika itu.


"Akhirnya ramai pelajar yang kenal saya sebagai ustaz Reformasi. Dalam dunia dakwah, dalam kuliah saya memang tidak sebut nama Anwar tetapi saya akan bawa satu tajuk khas tentang fitnah selama 10 minit, hukum fitnah Qazaf, fitnah liwat


"Media masa itu masa itu ada blog Mahazalim, Mahafiraun dan apa yang dinamakan (blog-blog) .com.my.


"Tugas saya ketika itu di UIA, saya cetak dan berikan kepada pelajar, tolong sebar di mana-mana pergi. Ke mana pergi saya serah satu bundle photostat, juga kaset-kaset Anwar," katanya lagi.


Atas kecekalan berjuang itulah beliau akhirnya ditahan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada 2001 dan menghabiskan 2 tahun dalam kem tahanan Kamunting, Perak.


0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page