top of page

RCI TH: Jangan pertahan korupsi, terjerumus fahaman assabiyah kaumiah

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • 2 hours ago
  • 2 min read

Pihak yang mempertahankan perilaku korupsi yang didedahkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tahung Haji terjerumus ke dalam fahaman assabiyah kaumiah jahiliah yang bertentangan ajaran Islam.


Hal itu ditegaskan Ketua Penerangan KEADILAN Kedah, Datuk Romli Ishak (gambar) dalam satu siaran podcast.


Katanya, kecenderungan untuk mempertahankan seseorang hanya kerana faktor kaum, agama atau kepartian tidak seharusnya berlaku dalam usaha membanteras rasuah dan salah guna kuasa di negara ini.


"Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar dengan tegas kata kerajaan akan ambil tindakan kepada pihak terlibat (rasuah). Pada saya benda salah, tetap salah, tak kira waima orang Melayu, Islam, ahli parti kita (KEADILAN) atau ahli parti lawan.


"Kalau dia melakukan kesalahan, kezaliman (atau) pengkhianatan, dia harus disiasat dengan telus dan didakwa jika ada kes yang jelas.


"(Jika) ada alasan yang kuat dan cukup syarat untuk didakwa, maka harus didakwa sebab ini soal amanah," katanya.


Mengulas lanjut, Romli yang juga mantan Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 2018 lalu turut melahirkan kebimbangan sekiranya ada pimpinan politik yang cuba membangkitkan sentimen perkauman dengan mendakwa kerajaan hari ini pantas mengambil tindakan apabila melibatkan orang Melayu.


Hujah pemimpin Pas yang membabitkan isu perkauman, katanya amat tidak wajar berhadapan dengan undang undang yang telah termaktub.


"Kita tak nak ada pula pimpinan sebuah parti kata kerajaan hari ini kalau soal orang Melayu, cepat (sahaja) nak ambil tindakan, yang Cina bagi rasuah, tapi Melayu juga yang disiasat.


"Ini bukan soal Melayu atau Cina, ini yang saya katakan bahayanya fahaman assabiyah kaumiah jahiliah. Nabi SAW kata assabiyah ini tidak salah kalau kita rasa kasih kepada negara, kasih kepada bangsa kita sendiri, itu fitrah manusia.


"Tetapi yang salahnya apabila berlaku (fahaman) tersebut. Assabiyah kecintaan terhadap kaum dia sampai menjadi fahaman jahililah. Jadi hati-hati," ujarnya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page