RCI Tabung Haji dibentuk waktu kerajaan BN-PN berkuasa, jadi Menteri
- Akmal Manaf

- 9 minutes ago
- 2 min read

Beberapa pemimpin BN dan PN yang kini mengkritik dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) disifatkan ‘mudah lupa’ apabila suruhanjaya berkenaan sebenarnya ditubuhkan ketika mereka sendiri memegang jawatan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada 2020-2022 lalu.
Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali berkata, kenyataan Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang mendakwa RCI Tabung Haji dimanipulasi, perlu dilihat berdasarkan kedudukannya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) ketika Kabinet pada waktu itu bersetuju menubuhkan RCI pada 14 Julai 2021.
"Datuk Dr Ahmad Marzuk Shaary kata tak jumpa ‘sakau’, pula adalah Timbalan Menteri Agama masa itu kan?
"Datuk Idris Ahmad kata kenapa dedah sekarang? Masa RCI tengah berjalan dulu dia adalah Menteri Agama kan?
"Mudah sangat mereka lupa, demi politik sempit, nak ‘sucikan’ si pesalah lagi ke? Dalil apa pula nak guna?," katanya sinis dalam hantaran di media sosial.

Menurut beliau lagi, langkah Kerajaan MADANI mendedahkan laporan berkenaan merupakan satu tindakan bertanggungjawab, selain menyerahkan sebarang unsur salah laku yang dikenal pasti kepada pihak berkuasa untuk tindakan dan siasatan lanjut.
Katanya, perkara itu kini sudah memasuki fasa siasatan dan tindakan oleh pihak berkuasa, bukannya lagi sekadar menjadi bahan perbahasan politik.
"Itu tanda Kerajaan MADANI pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah buat kerja lindungi Tabung Haji, berani tegakkan kebenaran walaupun dikritik lawan dan kawan, lawan kebatilan dan puak kaki rasuah yang telah hancurkan Tabung Haji dulu. Kata dikota.
"Kini telah terbukti bahawa Tabung Haji semakin kukuh di era pemerintahan Datuk Seri Anwar dengan kadar agihan keuntungan meningkat daripada 3.10% (2023), 3.25% (2024) kepada 3.50% (2025), kadar tertinggi dalam tempoh 8 tahun.
"Apa lagi yang salah? Kedudukan Tabung Haji semakin kukuh, simpanan lebih 9.7 juta pendeposit terus dilindungi.
"Jangan sesekali bela kaki rasuah dan pengkhianat Tabung Haji. Kita doakan Allah SWT membalas terhadap semua pengkhianatan yang telah dilakukan terhadap amanah lebih 9.7 juta pendeposit TH," kata Syam Ghaz lagi.




Comments