top of page

RCI Batu Puteh: Agong perkenan Tun Raus dilantik Pengerusi



Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif, dilantik Pengerusi Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Untuk Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.


Perkara itu dimaklumkan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) melalui kenyataan pada Rabu.


Terdahulu kerajaan mendapat perkenan untuk penubuhan RCI itu selepas Azalina Othman menghadap dan menyembah maklum cadangan penubuhan RCI berkenaan selaras Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 [Akta 119] kepada Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Turut menghadap Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud yang diperkenan dilantik sebagai Setiausaha RCI.


Baginda Sultan Ibrahim turut berkenan untuk melantikan enam Pesuruhjaya RCI membabitkan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Zainun Ali selaku Timbalan Pengerusi, selain lima ahli terdiri pengamal undang-undang, Datuk Dr Baljit Singh Sidhu; bekas Dekan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya, Prof Dr Johan Shamsuddin Sabaruddin; Pakar Undang-Undang Perlembagaan dan Undang-Undang Pentadbiran, Prof Datin Dr Faridah Jalil; Pegawai Kewangan Negeri Johor, Datuk Mohammed Ridha Abd Kadir dan Pengarah Laut Wilayah Selatan di Jabatan Laut Malaysia, Dickson Dollah.

Manakala Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri akan bertindak sebagai urus setia.


Sebelum ini, timbul pertikaian mengenai hasrat kerajaan untuk menubuhkan RCI Untuk Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan terutama dari segi motif.


Azalina menegaskan penubuhan RCI bertujuan mengkaji isu pengendalian kes Batu Puteh untuk membolehkan siasatan lanjut dibuat bagi menilai apa yang berlaku ketika kes itu dikendalikan pentadbiran kerajaan terdahulu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page