top of page

Rayakan Thaipusam dengan harmoni, tingkatkan semangat kemanusiaan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 25, 2024
  • 1 min read


Thaipusam yang dirayakan oleh penganut Hindu hari ini perlu disambut secara harmoni dan dengan semangat kemanusiaan yang tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia.

Hal itu diungkapkan dalam perutusan sambutan Thaipusam oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Kepada semua rakan rakan beragama Hindu yang menyambut dan merayakan hari kebesaran agama Hindu, Thaipusam, (bahawa) negara Malaysia meraikan kepelbagaian dan meraikan hak masing masing mengamalkan (kepercayaan agama).


"Oleh yang demikian, saya berharap rakan rakan masyarakat Hindu merayakan dengan tenang, dengan keluarga, supaya dapat ditingkat usaha akhlak dan nilai, semangat kemanusiaan mereka, menjadikan mereka sebagai satu kekuatan induk dalam negara Malaysia tercinta," katanya.


Dengan itu beliau mengucapkan selamat menyambut Thaipusam kepada seluruh rakyat Malaysia beragama Hindu.

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page