top of page

Rayakan tahun baharu dengan SOP selamat

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Feb 1, 2022
  • 1 min read


Tahun Baharu Cina yang dirayakan hari ini dengan meriah selepas dua tahun dibelenggu Perintah Kawalan Pergerakan seharusnya diraikan dengan kekal berjaga jaga terhadap jangkitan Covid 19.


Bagi Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Amiruddin Harun, Tahun Baharu Cina kali ini perlu disambut secara memenuhi Prosedur Operasi Piawai (SOP) yang ditetapkan.


"Selamat Tahun Baharu Cina serta selamat pulang para perantau.


"Sempena perayaan tahun baru ini, saya berharap semua tiba ke destinasi dengan selamat.


"Ingatlah, ramai yang menanti ketibaan anda dengan penuh pengharapan agar perayaan ini dapat disambut dengan meriah.


"Saya juga berharap agar semua pihak sentiasa mematuhi SOP yang digariskan bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19," katanya dalam perutusan rasmi tahun baharu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page