top of page

Ratusan juta ringgit disorok, dilarikan cukai tetapi kita diam, kita patut malu

  • Writer: Omar Zin
    Omar Zin
  • Oct 6, 2021
  • 2 min read

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menggesa supaya isu Kertas Pandora dibahaskan di Parlimen kerana ia melibatkan wang berbilion ringgit yang dibawa keluar secara haram dari negara ini.


Beliau berkata, beberapa negara lain telah membuka siasatan tetapi kerajaan Malaysia masih mengambil sikap berdiam diri.


“Kalau kerajaan tak benar buat siasatan, saya minta Perdana Menteri yang bercakap soal ketelusan perlu jelaskan.


"Bagaimana boleh kita diam bila ratusan bilion ringgit dibawa keluar, tanpa peraturan dan secara haram dari negara kita.


"Kalau ratusan juta ringgit disorok, dilarikan cukai dan kita diam, malu kita sebagai Ahli Parlimen," katanya di Dewan Rakyat.


Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun bagaimanapun menolak usul Anwar kerana menganggap ia bukan perkara yang perlu disegerakan.


Sebaliknya, beliau mencadangkan supaya Anwar menggunakan prosedur lain untuk membincangkan isu itu, termasuk menerusi soalan menteri, soal jawab lisan, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen atau Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).


“Saya setuju sekali perkara itu penting dan perlu disiasat, tetapi masalahnya ialah saya mendapati ia tak perlu disegerakan kerana bagi saya persidangan mesyuarat kita dahulukan dengan aturan mesyuarat.


“Walaupun penting atau teramat penting seperti dinyatakan Ketua Pembangkang, tak semestinya ia perlu disegerakan dan boleh dibangkit bila-bila masa,” katanya.


Selain itu, beliau berpendapat, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen lebih sesuai membicangkan isu itu.


“Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen lebih baik untuk dibincangkan dan lebih berkesan. Saya bukan kata isu itu tak penting untuk dibincang di Dewan Rakyat, tapi tak bermakna kita perlu segerakan, RMK12 juga penting.


“Kalau ia dibawa ke Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen, masa yang panjang boleh dibincangkan dan ia lebih efektif," katanya.


Namun, Anwar menegaskan Parlimen merupakan saluran terbaik untuk membahaskan isu tersebut.


"Ini soal maruah negara, keselamatan negara. Mana boleh kita terima kenyataan dengan apa alasan teknikal sekalipun untuk menolak kenyataan bahawa ratusan bilion ringgit sah keluar dari negara melibatkan tokoh-tokoh besar.


"Kemudian kita kata jangan bincang sekarang. Saya tak boleh menerima keputusan itu," katanya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page