top of page

Rasuah jawatan GLC: AMK Johor buat laporan SPRM




Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung satu rakaman suara tular mirip PM Muhyiddin Yassin yang didakwa cuba merasuah Ahli-Ahli Parlimen dengan habuan jawatan Kabinet atau Pengerusi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) sebelum pertukaran kerajaan pada Mac lalu.


Menurut AMK Johor, laporan itu dibuat berikutan rakaman tersebut jelas mempunyai unsur-unsur rasuah dalam usaha menubuhkan Kerajaan Perikatan Nasional (PN).


"Hal ini juga dilihat mempunyai kaitan yang kuat dengan perkembangan mutakhir, berkenaan pelantikan Ahli Parlimen sebagai Menteri, Timbalan Menteri dan Pengerusi GLC yang dilakukan oleh Muhyiddin Yassin.


"Sehubungan itu, AMK Johor menggesa agar SPRM membuka kertas siasatan terhadap kes ini.


"Selain penubuhan kerajaan PN melalui tindakan khianat beberapa orang wakil rakyat yang membelakangkan mandat rakyat kepada Pakatan Harapan pada PRU-14, adalah amat mendukacitakan juga sekiranya ia turut diselaputi dengan dakwaan rasuah jawatan secara besar-besaran.


"Jika ini berlaku, apakah jaminan kerajaan hari ini akan bersikap telus terhadap siasatan dan pendakwaan kepada pemimpin-pemimpin dalam isu rasuah dan salah guna kuasa bagi kes 1MDB, Tabung Haji, Felda dan lain-lain," kata AMK dalam satu kenyataan media.


AMK menegaskan, rakaman suara yang tular tersebut mempunyai elemen yang melanggar Seksyen 3 Akta SPRM (2009) berkaitan definisi suapan iaitu, 'Apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan, atau perkhidmatan, apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau perkhidmatan atas apa-apa sifat'.


Sehubungan itu, kata sayap pemuda KEADILAN tersebut, sebagai Perdana Menteri yang juga merupakan Ahli Parlimen Pagoh dan ADUN Gambir, Muhyiddin tidak sepatutnya memalukan rakyat Negeri Johor dengan perbuatan berkenaan.


AMK menyeru agar Muhyiddin mengambil pedoman daripada saranan DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor yang berulang kali menitikberatkan integriti dan ketelusan dalam pentadbiran kerajaan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page