top of page

RASMI: KEADILAN kekal pendirian, Anwar Ibrahim calon Perdana Menteri ke 9


Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN kekal dengan pendirian bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim dicalonkan sebagai Perdana Menteri ke 9 untuk kerajaan Pakatan Harapan (PH), sekali gus menolak pencalonan Tun Dr Mahathir Mohamad.


Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat khas bersama Ahli-ahli Parlimen KEADILAN hari ini, selepas mengambil kira pandangan semua pihak dalam mencari jalan terbaik mempertahankan kebajikan rakyat dan membawa keadilan untuk semua rakyat.


"KEADILAN menghargai usul dan usaha rakan-rakan dalam DAP dan AMANAH yang secara konsisten menyokong pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.


"KEADILAN tetap terbuka untuk berbincang dengan semua pihak termasuk Tun Mahathir demi usaha menyelamatkan Malaysia dan mengembalikan mandat rakyat.


"Walau bagaimanapun, parti memutuskan untuk tidak menyokong cadangan mencalonkan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, dan kekal dengan konsensus Pakatan Harapan mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.


"KEADILAN komited untuk terus mengukuhkan Pakatan Harapan, dan akan meneruskan usaha menggembleng tenaga dari semua pihak yang sefahaman untuk mengembalikan mandat rakyat dalam masa terdekat," menurut kenyataan rasmi parti.


MPP KEADILAN turut memberikan jaminan bahawa kebajikan rakyat dalam pelbagai sektor negara akan dibela dengan sewajarnya sebaik sahaja mandat rakyat berjaya dikembalikan.


"KEADILAN yakin isu-isu ini selari dengan aspirasi parti mengangkat prinsip keadilan, memperjuang suara rakyat dan meneruskan agenda reformasi, serta menjadi wadah politik pelbagai kaum yang menghargai sumbangan setiap rakyat dan mengangkat martabat mereka," katanya lagi.


Berikut merupakan keputusan-keputusan MPP KEADILAN:


1. Dasar dan program pentadbiran mestilah mengangkat semangat keadilan untuk semua, mempertahan Perlembagaan Persekutuan serta hak dan kuasa Raja-Raja Melayu, membela nasib rakyat terutama orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak, dan memperjuang agenda reformasi serta pembaharuan tata kelola pentadbiran kerajaan.


2. Tumpuan diberikan kepada penyelesaian masalah golongan rakyat miskin bandar dan desa, memperjuangkan nasib peneroka dan pekerja, serta membangun semula negara dalam keadaan tiada mana-mana kumpulan yang tertinggal jauh di belakang. Pentadbiran baharu ini juga mestilah bersifat stabil dan tidak tertakluk kepada pertukaran kepimpinan yang berkali-kali.


3. Tumpuan harus diberikan kepada pasca COVID-19 iaitu memulihkan ekonomi negara, menyelamatkan pekerjaan atau mewujudkan peluang pekerjaan baharu, serta memperjuang nasib pekerja.


4. Keputusan pilihan raya-pilihan raya kecil dan pandangan rakyat termasuk masyarakat Melayu yang kritis ketika PH mentadbir mesti diteliti, difahami, dan dijadikan iktibar untuk perbaiki keadaan. Keinsafan ini memerlukan bukan sahaja muhasabah tetapi juga ikhtiar reformasi dalaman yang menyeluruh, untuk sekali lagi memenangi hati rakyat dengan mengutamakan nasib mereka.


5. Beberapa kes mutakhir ini turut menimbulkan keresahan di kalangan rakyat, bila mana mereka yang berkedudukan atau dilihat mempunyai hubungan dengan pemerintah dilepaskan atau dikenakan hukuman ringan, manakala rakyat pula ditekan atau dihukum dengan cukup berat sekali. Kerajaan Persekutuan yang baharu perlu mengatasi persepsi ini agar prinsip keadilan bukan sahaja dilakukan tetapi juga dilihat dilakukan.


5. Beberapa kes mutakhir ini turut menimbulkan keresahan di kalangan rakyat, bila mana mereka yang berkedudukan atau dilihat mempunyai hubungan dengan pemerintah dilepaskan atau dikenakan hukuman ringan, manakala rakyat pula ditekan atau dihukum dengan cukup berat sekali. Oleh yang demikian, Kerajaan Persekutuan yang baharu perlu mengatasi persepsi ini agar prinsip keadilan bukan sahaja dilakukan tetapi juga dilihat dilakukan.


6. KEADILAN yakin isu-isu ini selari dengan aspirasi parti mengangkat prinsip keadilan, memperjuang suara rakyat dan meneruskan agenda reformasi, serta menjadi wadah politik pelbagai kaum yang menghargai sumbangan setiap rakyat dan mengangkat martabat mereka.


7. KEADILAN tetap terbuka untuk berbincang dengan semua pihak termasuk Tun Dr Mahathir demi usaha menyelamatkan Malaysia dan mengembalikan mandat rakyat ke tempatnya. Walau bagaimanapun, parti memutuskan untuk tidak menyokong cadangan mencalonkan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, dan kekal dengan konsensus Pakatan Harapan mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.


8. KEADILAN komited untuk terus mengukuhkan Pakatan Harapan, dan akan meneruskan usaha menggembleng tenaga dari semua pihak yang sefahaman untuk mengembalikan mandat rakyat ke tempatnya dalam masa terdekat.


9. Pada masa yang sama KEADILAN akan terus menumpukan tenaga dan bersiap siaga menghadapi Pilihanraya Umum mengejut yang mungkin dipanggil pada bila-bila masa.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page