top of page

Rapatkan kesenjangan ekonomi rakyat, tingkatkan gaji minima - June Leow

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Mar 4, 2022
  • 2 min read


Kesenjangan ekonomi rakyat wajar dirapatkan dan tidak seharusnya dibiarkan melebar dengan cara meningkatkan gaji minima.


Hal itu dibahaskan oleh Ahli Parlimen Hulu Selangor, June Leow Hsiad Hui dalam sidang Dewan Rakyat semalam.


Menurut beliau, jurang antara kaya dan miskin perlu ditangani secara serius.


"Kesenjangan ekonomi kian melebar dan membimbangkan. Rakyat semakin tertekan dengan bebanan hidup, kerajaan harus lebih peka dalam merangka bantuan yang bermatlamatkan meningkatkan taraf ekonomi.


"Paras gaji minima wajar dinaikkan. Saya turut menggesa kerajaan prihatin terhadap nasib penjaja kecil dan jangan hanya mengharapkan Kerajaan Negeri dan tempatan sahaja yang mendampingi mereka," katanya dalam sesi ucapan bahas pada sebelah petang.


June juga membawa isu perumahan mampu milik yang tidak begitu kedengaran diketengahkan oleh kerajaan BN.


Katanya, kerajaan perlu memberi pembelaan maksimum ke atas pembeli rumah mampu milik yang ketika ini menghadapi masalah projek terbengkalai.


Beliau mencadnagkan agar kerajaan mempertimbangkan diwujudkan satu klausa khas bagi melindungi pembeli apabila sesuatu projek terbengkalai. Klausa seperti penangguhan sementara pembayaran pembiayaan rumah pertama akan dapat mengurangkan beban rakyat.


Dalam isu pendidikan, Ahli Parlimen itu menyokong lebih banyak program TVET diwujudkan. Namun katanya, harus ada padanan pekerjaan dan pendidikan.


"Kerajaan harus sentiasa memastikan tidak berlakunya ketidakpadanan dalam pasaran buruh. Tidak guna kita menghasilkan ramai tenaga kerja berkemahiran tinggi, tetapi pasaran kerja yang ada adalah terhad.


"Pemutihan institusi kemahiran juga harus dilakukan agar jumlah tenaga mahir yang tamat latihan memenuhi jumlah keperluan industri," katanya.


Untuk kawasan Parlimen beliau pula, June menimbulkan isu naiktaraf kemudahan para pelancong yang berkunjung ke Bukit Fraser


Katanya, laluan ke Bukit Fraser pada waktu ini menjadi daya tarikan penunggang basikal. Namun jalan sedia ada hanya satu lorong dan laluannya sempit, curam dan bergaung di selekoh-selekoh jalan.


"Hal ini membahayakan nyawa para pelancong, juga yang menaiki bas. Dipohon sokongan kerajaan untuk menyediakan kemudahan yang bersesuaian untuk pelancong berbasikal ini agar keselamatan mereka terjamin," katanya


Selain itu katanya, jalan FT01 dari Templer Park ke Tanjung Malim juga perlu dinaiktaraf secara berperingkat kerana projek ECRL jajaran C2 akan melibatkan sebahagian kawasan di daerah tersebut.


Menurut June, dengan kepesatan pembangunan UMW High Value Manufacturing Park seluas 861 ekar di kawasan itu pastinya akan meningkatkan lagi aliran trafik dan memerlukan jalan yang lebih sesuai menampung kenderaan.

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page