top of page

Rapatkan jurang gender dalam RMK12


Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh menggesa kerajaan supaya menumpukan kepada bajet responsif gender bagi merapatkan jurang antara lelaki dan wanita.


Ini kerana, beliau berkata, Malaysia kini menduduki tangga ke-112 daripada 156 negara dalam laporan global gender gap oleh World Economic Forum, jatuh lapan tangga berbanding tangga 104 pada tahun lalu.


"Di sini kita perlu mengarus perdanakan gender, kita gagal kerana kita tidak melakukan monitoring dan evaluation, kita tidak memantau kesan dan impak daripada segala polisi atau dasar yang kita buat.


"Rang undang-undang yang kita gubal juga mempunyai kesan berbeza kepada lelaki dan wanita.


"Sebab itu kita tak tahu kesan dasar atau peruntukan kewangan diberikan dalam satu dasar.


"Kita perlu memahami proses pemerkasaan gender dan perlu melihat satu keperluan dari kaca mata gender.


"Justeru, gender responsif budgeting amat perlu kita bawa kerana ini dibawa ketika RMK8 diperkenal dan dibantu oleh UNDP dan buat pilot project pada 2004 dan 2005 tetapi selepas 15 tahun kita ketinggalan, sebab itu ranking dan jurang makin jatuh," " katanya di Dewan Rakyat hari ini.


Pada masa sama, Fuziah berkata, disebabkan pandemik, dunia memerlukan 135 tahun untuk merapatkan jurang gender, manakala Malaysia memerlukan 145 tahun untuk rapatkan jurang.


"Kita jauh ketinggalan, bajet gender responsif perlu dibawa semula kerana ia merupakan alat untuk membantu menilai dan mengukur bagaimana kita berjaya dalam proses mengarus perdanakan gender. Sekiranya berjaya kita boleh capai kesaksamaan gender.


"Dalam satu artikel kajian Unicef ke atas 500 keluarga daripada 16 flat kos rendah di Kuala Lumpur, didapati bahawa ketua isi rumah wanita lebih miskin sewaktu pandemik berbanding ketua isi rumah lelaki.


"Tetapi ketua isi rumah wanita lebih miskin, lebih miskin dari OKU, ini menunjukkan kekurangan dihadapi wanita.


"Kalau tidak ada cara menilai keberkesanan bakul makanan, bagaimana kita nak pastikan ketua isi rumah wanita miskin mendapat akses sama kepada bantuan. Sebab itu penting untuk menilai keberhasilan impak bajet kepada lelaki, wanita, kanak-kanak lelaki dan perempuan kerana keperluan berbeza untuk setiap kelompok lain.


"Kalau ketua isi rumah itu perempuan miskin, ada anak perempuan ramai, sudah masuk period poverty, nak beli sanitary towel pun tak ada duit.


"Jadi penting untuk kita faham kesaksamaan gender, gender responsif bajet. Saya harap menteri dengar perkara ini dan sungguh-sungguh lakukan apa yang patut untuk rapatkan jurang gender," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page