top of page

Rapat Angkatan Muda KEADILAN 2025 medium terbaik suarakan pandangan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 48 minutes ago
  • 1 min read


Rapat Angkatan Muda KEADILAN (AMK) 2025 dilhamkan oleh Ketua AMK Malaysia yang menang tanpa bertanding, Muhammad Kamil Abdul Munim bagi mengimpunkan calon calon yang bertanding posisi sayap pemuda untuk menyampaikan pandangan merupakan pendekatan demokratik dalam Pemilihan KEADILAN kali ini.


Menurut Naib Ketua AMK Negeri Johor, Faezuddin Puad, idea rapat itu wajar dipuji kerana ianya mencerminkan semangat perpaduan dalam parti kerana bakal menghimpunkan calon-calon AMK dari pelbagai latar belakang dan ideologi untuk bersama di atas satu pentas meraikan perbezaan antara satu sama lain secara matang.


"Rapat AMK 2025 dilihat sebagai medium terbaik untuk semua calon AMK menyuarakan pandangan secara sihat dan bertanggungjawab.


"Kami mengalu-alukan pendekatan kempen yang menumpukan pembentangan fakta, idea dan cadangan-cadangan yang bertujuan memperkukuh parti tanpa sebarang unsur menyerang peribadi, cercaan mahupun budaya politik lama yang langsung tidak membina," katanya dalam kenyataan.

Faezuddin Puad
Faezuddin Puad

Menurut Faezuddin, pendekatan tersebut sangat penting dalam memastikan AMK kekal sebagai sayap parti yang progresif, berprinsip, dan menjadi teladan kepada anak muda baik dalam KEADILAN mahupun di luar parti.


"Justeru kami di Johor sentiasa bersedia menyahut kepada apa jua cadangan program yang boleh memperkukuh demokrasi dan memperkasa suara anak muda.


"Saya yakin corak kepimpinan yang sedang ditonjolkan Saudara Kamil Munim seperti sekarang ini akan membawa AMK ke arah yang lebih kuat, bersatu dan progresif dalam mendepani cabaran politik masa depan," katanya.


Untuk rekod, Setiausaha Agung KEADILAN, Dr Fuziah Salleh sebelum ini memperkenalkan Jelajah Kita KEADILAN untuk calon calon pelbagai posisi dari timbalan presiden, naib, Majlis Pimpinan Pusat dan AMK serta Wanita KEADILAN memperkenalkan diri serta menguar uarkan manifaesto mereka kepada perwakilan di beberapa zon.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page