Ramanan yakin Belanjawan 2026 inklusif, tiada rakyat terpinggir


Belanjawan 2026 yang bakal dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat ini diyakini akan memberi manfaat kepada semua rakyat tanpa ada yang terpinggir.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Seri R Ramanan berkata, kementeriannya sendiri telah mengemukakan permohonan belanjawan kali ini memberi tumpuan kepada pembangunan PMKS, gerakan koperasi, sektor francais dan perusahaan mikro serta informal.
"Kita yakin Perdana Menteri akan memastikan setiap kelompok masyarakat menerima manfaat. Dalam Kerajaan MADANI, kita berkhidmat untuk semua tanpa mengira kaum atau agama.
"Kita tidak boleh mengatakan bahawa kita mahukan jumlah tertentu untuk komuniti India, Cina atau Melayu (secara berasingan). Dalam Kerajaan Madani, kami berkhidmat untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira budaya, kaum atau agama," katanya dipetik.
Beliau yang juga Naib Presiden KEADILAN berkata begitu selepas melepaskan konvoi "Program Bakul Makanan Deepavali Vanakam Madani” peringkat kebangsaan di Sungai Buloh pada Ahad.
Program hasil kerjasama Perdana Menteri, KUSKOP dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu melibatkan sumbangan hampir RM2 juta, memberi manfaat kepada 16,600 keluarga B40 di seluruh negara.




I saw https://au.trustpilot.com/review/payidpokie.com while checking how people rate payment options, and it made me think that trust is the same issue in Budget 2026: saying no one will be left out means little if PMKS and informal traders still face slow approvals and confusing red tape. The RM2 million food basket aid for 16,600 B40 families is a concrete detail I can grasp, though I hope KUSKOP's focus on cooperatives and micro businesses comes with a simple rollout rather than just press statements.