top of page

Ramanan harap SPUMI bantu naik taraf perniagaan masyarakat India



Seramai 29,136 usahawan masyarakat India sudah mendapat pembiayaan di bawah Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) sehingga 31 Mei lalu dengan nilai RM458 juta.


Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk R Ramanan berkata, jumlah itu direkodkan sejak skim yang bertujuan memperkasa masyarakat India dalam bidang keusahawanan itu dilancarkan pada 2008.


Manakala untuk tahun ini, seramai 666 usahawan masyarakat India sudah mendapat pembiayaan SPUMI yang melibatkan peruntukan kira-kira RM18 juta.


"Selain itu bagi SPUMI Goes Big yang saya lancarkan 3 April lalu, sebanyak 51 permohonan telah lulus melibatkan jumlah RM2.5 juta dan 27 permohonan dalam proses kelulusan lembaga mesyuarat.


"Justeru saya berharap ini dapat menaik taraf perniagaan mereka serta membawa bisnes itu ke tahap lebih berjaya selain membayar balik pembiayaan itu supaya dana boleh digunakan untuk menaik taraf usahawan lain akan datang," katanya dalam satu sidang media.


Beliau sebelumnya hadir ke Majlis Penyampaian Cek Pembiayaan Tekun SPUMI & SPUMI Goes Big di Ibu Pejabat Tekun di Kuala Lumpur pada Khamis.


Turut hadir, Pengerusi Tekun Nasional, Datuk Abdulllah Sani Abdul Hamid dan Ketua Pegawai Eksekutif Tekun Nasional, Datuk Adam Abd Ghani.


Sementara itu, Pengerusi Tekun Nasional, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, sekiranya peruntukan bagi pembiayaan itu telah habis, pihaknya akan menambahnya bergantung kepada keperluan.


"Kita juga akan memastikan mereka (usahawan) tidak ada sekatan terhadap pengurusan perniagaan yang dijalankan," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page