top of page

Ramanan gesa masyarakat India kukuhkan bidang ekonomi



Oleh: Azuan Ab Rahman


Masyarakat India khususnya peniaga dan usahawan kecil dan sederhana digesa memperkasa dan memperkukuh diri dalam bidang ekonomi.


Gesaan itu disuarakan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk R Ramanan pada ucapan sempena Tahun Baharu Tamil, Hari Vaisakhi dan Tahun Baharu Vishu kepada semua masyarakat Tamil dan Sikh serta komuniti Malayalee.


"Seiring dengan proses pembangunan negara, masyarakat India juga perlu mara ke hadapan khususnya dalam bidang ekonomi.


"Justeru saya sedang mengusahakan pelbagai inisiatif untuk masyarakat India memperkasakan diri mereka dalam bidang ekonomi," katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.


Menerusi hantaran sama beliau turut meminta agar perpaduan dikalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini diperkukuh.


"Saya seringkali menekankan aspek perpaduan dalam kalangan masyarakat India di negara ini. Kita perlu bersatu padu.


"Kita perlukan kekuatan 'otrumai' (perpaduan) ini demi menjamin harapan dan membela nasib masyarakat India di negara ini," tambahnya yang juga Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia.


Sementara itu beliau juga mendoakan semoga tahun ini akan terus membawa cahaya kegembiraan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada mereka yang meraikan Tahun Baharu Tamil, Hari Vaisakhi dan Tahun Baharu Vishu.


"Saya juga mendoakan Malaysia akan terus melakar kejayaan di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya menerusi hantaran tersebut.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page