Ramai yang lupa, Muhyiddin pun tidak dedah senarai MP yang sokong beliau


Tindakan terdesak kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang menggunakan polis bagi menekan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mendedahkan senarai ahli parlimen yang menyokong beliau turut menerima kritikan dari UMNO.


Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Puad Zarkashi tampil meluahkan rasa hairan mengapa perkara itu menjadi isu sedangkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri tidak pernah mendedahkan senarai ahli parlimen yang menyokongnya ketika diangkat menjadi perdana menteri.


"Ramai yang lupa, masa Muhyiddin mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri, tidak berbangkit pun soal senarai nama.


"Yang penting ialah nombor. Jumlah yang sokong Muhyiddin hanya diketahui apabila berlaku pengundian memilih Speaker. Rupanya Muhyiddin ada 113 sahaja," katanya menerusi akaun Facebook miliknya.


Dalam pada itu, Puad menganggap Tun Dr Mahathir Mohamad terpaksa mengubah rancangannya apabila beliau tidak menyangka Anwar akan mendapat sokongan majoriti ahli parlimen.


"Mahathir terkejut bila Anwar umum dia sudah cukup nombor untuk menjadi perdana menteri. Mahathir bertambah gerun bila UMNO mahu bagi ultimatum kepada Muhyiddin.


"Dalam senarai Anwar, pasti tidak ada nama Mahathir. Tetapi mungkin ada nama Maszlee, Dr Shaharuddin dan Amiruddin.


"Sebab itu dalam satu perjumpaan tertutup, Mahathir tanya Anthony Loke dan Khalid Samad, Anwar ada cukup nombor ke? Itu tanda Mahathir risau dan rancang game lain.


"Anthony Loke mencadangkan kepada Tun M, supaya move on. Beri sokongan dan bantu terutama dengan ancaman COVID-19," katanya.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikut Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
  • radio