Rakyat tolak darurat, sokong perubahan kerajaan - IDE



Rakyat Malaysia menolak negara diisytihar darurat sebagaimana cadangan yang disyorkan oleh Kerajaan Perikatan Nasional kepada Yang di-Pertuan Agong kelmarin.


Menurut kajian Institut Darul Ehsan (IDE) kira-kira 77% rakyat Malaysia tidak setuju darurat diisytiharkan dengan apa jua alasan, sama ada politik mahu pun mengawal pandemik Covid 19.


"Susulan polemik politik yang berlaku, Institut Darul Ehsan telah menjalankan pungutan pendapat yang dinamakan “Rakyat Malaysia Bersuara / Malaysians Speak” secara elektronik menerusi medium sebaran WhatsApp, Twitter, Facebook, Emel, laman sesawang dan Telegram yang dihubungkan kepada Sistem E-Survei IDE.


"Tinjauan ini melibatkan rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang bermula dari jam 4:00 petang hingga 12:00 tengah malam (8 jam) Sabtu, 24 Oktober 2020.


"Sehingga jam 12:00 tengah malam seramai 51,147 orang responden (unique respondent) telah menyertai pungutan pendapat ini.


"Keputusannya sebanyak 77.39% responden menolak perisytiharan darurat berbanding 22.61% yang menyokong," kata IDE dalam satu kenyataan media.


Selain itu IDE turut menyediakan soalan lain. Untuk soalan 'Apakah pilihan terbaik untuk rakyat Malaysia?' hanya 32.49% yang mahu Muhyiddin Yassin kekal sebagai Perdana Menteri (PM) sementara 49.80% mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat sebagai PM baharu dan sekitar 17.71% lagi bersetuju pembubaran Parlimen dan diadakan pilihan raya umum.


"Berdasarkan analisis, IDE mendapati majoriti yang menyokong pengisytiharan darurat adalah mereka yang turut cenderung menyokong Muhyiddin Yassin untuk kekal sebagai Perdana Menteri.


"Namun begitu, mereka yang menolak darurat, lebih cenderung memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri," kata kenyataan itu lagi.






0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
10,710
153
5778
Total
916,561
7019
784,949

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
491,381
8,692
392,980
Total
186,407,192
4,028,301
168,805,736

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER