Rakyat Terengganu kecewa pemimpin Pas rebut jawatan GLC



Harapan rakyat Terengganu memilih kerajaan Pas yang kononnya lebih baik berbanding BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 lalu berkecai melihat sikap pimpinan parti itu yang sibuk berebut jawatan dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Negeri.


Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu, Azan Ismail, bukan sahaja pemimpin Pas yang diagih-agih jawatan tetapi juga para kroni mereka, termasuklah beberapa individu yang baru-baru ini dipertikaikan memegang terlalu banyak jawatan dalam GLC.


Kata Azan, kegagalan pemimpin Pas untuk bersikap telus dan akauntabiliti dalam menguruskan kewangan serta harta negeri sedang diperhatikan rakyat, dan akan menjadi liabiliti kepada mereka dalam PRU akan datang.


"Ya, ini akan jadi isu yang kuat sebab pemimpin Pas pegang jawatan lebih daripada satu dalam GLC, benda itu tak masuk akal dan rakyat tengok semua ini," katanya kepada Suara Keadilan.


Lebih malang, menurut Azan, pemimpin Pas tidak sebagaimana diharapkan kurang mengambil berat isu-isu kebajikan rakyat. Tidak seperti mana janji perkhidmatan dalam kempen PRU 14 lalu.


"Prestasi jaga kebajikan rakyat tak baik, apatah lagi prestasi dalam GLC (yang mereka tadbir).


"Mereka hanya kutip habuan dan elaun sahaja. Sekarang ini pemimpin Pas di peringkat negeri dan persekutuan berlumba-lumba berebut jawatan GLC untuk kutip projek.


"Berkenaan kebajikan rakyat tidak ada lagi diumumkan (peruntukan), saya rasa berbaki 2 tahun sebagai kerajaan, mustahil janji-janji (pilihan raya) Pas boleh dipenuhi," sinis Azan.


Kerajaan Terengganu baru-baru ini dipertikai oleh pemimpin Umno kerana melantik abang bloger Raja Petra Kamaruddin memegang lebih 10 jawatan tinggi dalam GLC negeri.


Begitu juga beberapa invidu yang rapat dengan kepimpinan Pas. Sedangkan, prestasi GLC tersebut kurang baik atau tidak mencatat keuntungan memuaskan untuk membenarkan alasan individu-individu tersebut dilantik secara istimewa menguruskan beberapa syarikat.


Amalan kronisme menjolok mata ini meletakkan kerajaan Pas tidak jauh berbeza dengan pentadbiran BN yang mereka kritik sebelum ini sebagai membazir, menyalahguna wang royalti, korup dan merompak hasil balak.


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikut Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
  • radio