top of page

Rakyat protes, kerajaan tidak boleh sewenangnya naik harga - Adam Adli

Updated: Jul 24, 2022



Kenaikan harga dan inflasi yang melampau menimbulkan protes berterusan dari rakyat bawahan, terutamanya golongan muda dan mahasiswa.


Himpunan yang dianjurkan hari ini di kompleks membeli belah Sogo, Kuala Lumpur merupakan petanda jelas penentangan rakyat terhadap kegagalan kerajaan BN - PN yang tidak mampu menjamin kos hidup berpatutan sejak beberapa bulan lalu.


Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Adam Adli Abdul Halim yang menyertai himpunan #TURUN petang tadi, pemotongan subsidi ketika harga sedang meningkat benar benar mencabar rakyat yang ekonomi mereka baru pulih daripada pandemik Covid 19.


"Sepatutnya dalam keadaan begini lebih banyak program yang menjamin kelangsungan hidup rakyat, bukan memotong subsidi dan juga menaikkan harga keperluan harian atau sebagainya.


"Yang penting, hari ini ada protes, maknanya ada perlawanan, ada yang bersuara. Hari ini (himpunan) menunjukan kerajaan tidak boleh buat sewenang swenangnya.


"Apa juga keputusan kerajaan akan ada yang bantah. AMK datang untuk sokong mahasiswa termasuk dari UIA, UM, UiTM dan sebagainya, Exco AMK juga adalah mahasiswa yang menyusun protes hari ini


"Kita harap usaha sebegini diteruskan," katanya.



Dalam pada itu, Pengerusi Mahasiswa Keadilan Malaysia, Syamil Luthfi pula berkata, himpunan mahasiswa hari ini menunjukkan ke seluruh negara bahawa mahasiswa bukan sahaja berkuliah di universiti tetapi juga bersolidariti bersama rakyat marhaen yang tidak menentu kehidupan mereka akibat tekanan inflasi.


"Hari ini mahasiswa dan beberapa parti politik berkumpul di depan Sogo untuk kita memberi tahu kepada pihak kerajaan betapa tidak puas hati rakyat tentang kenaikan harga yang begitu tinggi tanpa kawalan yang jelas


"Mahasiswa ingin memberitahu rakyat di luar kami bukan sahaja belajar di bilik kuliah namun kita juga peka dengan isu semasa yang tejadi.


"Saya seru kepada rakyat Malaysia agar bangkit beri solidariti kepada rakyat tentang (yang mempersoalkan) kegagalan kerajaan BN - PN (mengawal inflasi)," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page