top of page

Rakyat perlu sokong flotila "Misi Pecahkan Kepungan Gaza' - Pemuda AMANAH



Seluruh rakyat Malaysia perlu menyokong penuh usaha berani aktivis kemanusiaan dari Malaysia dalam "Misi Kemanusiaan 'Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla", misi antarabangsa digerakkan oleh Freedom Flotilla Coalition (FFC) melibatkan aktivis pelbagai negara termasuk Turki, Kanada, Itali, Australia dan Norway.


Pengerusi Biro Antarabangsa Pemuda AMANAH, Mus'ab Ab Muzahar berkata, seramai 20 aktivis dari Malaysia menyertai misi tersebut terdiri daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pengamal perubatan serta sekumpulan wartawan.


"Kesemua aktivis kini berkumpul di Istanbul untuk menjalani latihan. Mereka turut diiringi Datuk Ir Raja Kamarul Bahrin Shah, Pengerusi Biro Antarabangsa AMANAH.


"Objektif utama mereka menyertai misi berisiko ini adalah untuk membawa harapan masyarakat antarabangsa tanpa mengira agama dan bangsa dalam usaha untuk membebaskan Palestin daripada penindasan Zionis Israel," katanya dalam kenyataan hari ini.


Dalam misi ini sebanyak tiga buah kapal termasuk sebuah kapal kargo 5,000 tan dan dua kapal penumpang yang boleh memuatkan lebih 1,000 orang akan berlepas membawa muatan penuh bantuan asas termasuk bekalan perubatan ke perairan Gaza.


"Pemuda AMANAH menyeru kepada semua negara untuk membenarkan dan memberi perlindungan kepada kapal-kapal yang akan berlayar. Komuniti antarabangsa perlu bersatu mendesak Israel supaya tidak menghalang kapal bantuan ini masuk ke Gaza," tegasnya.


Beliau berkata, Pemuda AMANAH mengutuk segala bentuk halangan dan kekejaman yang boleh berlaku kepada aktivis kemanusiaan sebagaimana yang pernah berlaku terhadap Freedom Flotilla Mavi Marmara pada 31 Mei 2010.


Pada misi tersebut, tentera Zionis Israel telah membunuh sembilan orang aktivis kemanusiaan atas kapal Mavi Marmara.


"Semoga misi ini berjaya mencapai objektif yang digariskan," ujarnya.


Pada Ahad lalu, Raja Kamarul Baharin berkata para peserta antarabangsa flotila ke Gaza berdemonstrasi di Grand Bazaar Istanbul untuk memberikan publisiti meluas misi penghantaran bantuan mereka ke Gaza.


"Demonstrasi ini juga untuk meminta kelulusan awal dari Kerajaan Turkiye untuk mereka berlepas waktu terdekat ke Gaza dari pelabuhan Turkiye.


"Kerana begitu ramai sudah peserta antarabangsa menunggu di Turkiye kami mendesak tarikh perlepasan paling awal memandangkan tarikh asal 12 April telah ditunda.


"Bagaimanapun semangat peserta masih tinggi dan berkobar kobar membuat persediaan dan latihan," ujarnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page