top of page

Rakyat perlu cuba kerajaan PH, kerajaan 22 bulan Mahathir tiada semangat reformasi tulen



KEADILAN mahu rakyat berusaha sekali lagi menukar kerajaan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 untuk mendapatkan kerajaan reformasi total.


Bagi Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Chua Wei Kiat, kerajaan 22 bulan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini tidak mencerminkan semangat reformasi tulen dan dikawal sepenuhnya oleh Tun Mahathir Mohamad.


"Hari ini adalah titik permulaan kita nak turun untuk memberi penjelasan, ceramah. Memang ramai yang tanya bilakah PRU? Dengan kehadiran (ramai) hari ini, jika esok PRU kami telah bersedia menghadapi pilihan raya.


"Maka kita nampak dalam BN atau Umno mereka memang sampai hari ini bincang, ada satu puak nak esok PRU dan ada satu puak nak tahun depan. Tetapi KEADILAN hari ini kita dah siap sedia, pemilihan dah habis dan kita nak dapatkan Putrajaya


"Sebelum ini 22 bulan bulan kita mentadbir tetapi bukan kita, Tun Mahathir yang mentadbir," katanya.


Bagi yang mempersoalkan rekod pentadbiran PH maka ADUN rawang itu mahu mereka melihat sendiri pembangunan di 3 negeri yang ditadbir PH ketika ini, terutamanya di Selangor.


"KEADILAN belum cuba belum tahu tetapi kita nampak di Selangor, apa keadaan di Negeri Sembilan.


"Warga Selangor memang nak pertahankan negeri Selangor. Kita mahu terus KEADILAN tadbir. 15 tahun kita telah buat banyak perkara.


"PRU hampir dekat, harap kita sedia, terutama pengundi di Gombak dan Ampang untuk berusaha keluar mengundi ambil balik kerusi ini," katanya lagi.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page