top of page

Rakyat pedalaman perlu akses petrol bersubsidi biarpun tiada lesen memandu

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 27
  • 2 min read

ree

Rakyat menetap di kawasan pedalaman dikhuatiri tercicir dalam menikmati petrol bersubsidi RON95 di bawah inisiatif Budi Madani.


Menurut Senator Abun Sui Anyit, kerajaan perlu memastikan masyarakat pedalaman, khususnya pengguna enjin sangkut dan peralatan seperti gergaji mesin (pemotong kayu), turut menikmati subsidi petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter.


Katanya, aduan yang diterima daripada masyarakat pedalaman Sarawak menunjukkan keperluan mereka berbeza daripada rakyat di bandar kerana petrol bukan sekadar digunakan untuk kenderaan tetapi untuk pengangkutan sungai dan aktiviti ekonomi harian.

Senator Abun Sui Anyit
Senator Abun Sui Anyit

"Kos minyak bagi pengangkutan sungai di Sarawak lebih tinggi daripada kereta di bandar. sebab itu mereka jangan dipinggirkan daripada BUDI Madani," tegas beliau dalam satu kenyataan.


Abun Sui berkata, penggunaan enjin sangkut memerlukan perbelanjaan petrol yang jauh lebih membebankan berbanding penggunaan kereta persendirian di bandar.


Justeru, beliau menekankan perlunya kerajaan menyediakan mekanisme khas supaya golongan ini tidak terlepas daripada manfaat subsidi hanya kerana tidak memiliki lesen memandu.


"Kerajaan Madani mesti pastikan rakyat pedalaman yang guna enjin sangkut dan chainsaw juga dapat beli RON95 pada harga RM1.99, walaupun tiada lesen memandu," katanya.


Beliau turut memaklumkan perkara itu telah dibangkitkan dalam sesi libat urus bersama Ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat baru-baru ini.


Dalam masa sama, Ketua Cabang KEADILAN Hulu Rajang itu menyarankan agar Pejabat Daerah di Sarawak diberi peranan untuk mengemukakan cadangan praktikal kepada kerajaan berhubung pemberian bantuan khas petrol bersubsidi buat masyarakat pedalaman.


"Pejabat Daerah di Sarawak wajar memainkan peranan penting dengan mengemukakan cadangan praktikal kepada Kerajaan.


"Ini bagi memastikan niat baik Kerajaan Madani untuk membantu rakyat benar-benar sampai kepada semua lapisan masyarakat, tanpa ruang manipulasi atau salah guna," katanya lagi.


Melalui BUDI95 yang mula berkuatkuasa pada 30 September ini setiap rakyat Malaysia berusia 16 tahun ke atas dan mempunyai lesen memandu aktif berhak membeli petrol RON95 bersubsidi dengan kuota sebanyak 300 liter per individu.


Pengesahan kelayakan dilakukan secara mengimbas kad pengenalan di stesen minyak sebelum pembelian boleh dilakukan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page