top of page

Rakyat P Pinang perlu beri peluang pemimpin cerdik mentadbir



Rakyat Pulau Pinang digesa memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin yang cerdik untuk terus mentadbir Kerajaan Negeri itu.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau berharap Pulau Pinang akan terus kukuh sebagai negeri milik Pakatan Harapan (PH) dan beliau di peringkat Kerajaan Pusat akan melakukan yang terbaik membantu negeri itu menyelesaikan apa sahaja masalah yang timbul.


"Pulau Pinang kena bagi orang cerdik perintah, saya ingin terangkan bahawa kita kena faham betul-betul.


"Dulu ada orang kata kalau Anwar perintah habis orang Melayu, tutup habis sekolah agama, dulu masa kempen orang kata bila Anwar jadi Perdana Menteri tudung semua tak boleh pakai, habis ini (orang-orang pakai tudung) apa.


"Jadi, saya minta Pulau Pinang terus kukuh (di bawah PH), saya berhubung rapat dengan Ketua Menteri (Chow Kon Yeow), apa yang boleh Kerajaan Pusat selesaikan kita bantu selesaikan, apa yang perlu negeri selesaikan, negeri selesai," katanya dipetik.


Pengerusi PH itu berkata demikian dalam ucapan selepas sesi ramah-mesra bersama warga Balik Pulau di tapak pasar malam di pekarangan Masjid Daerah Barat Daya semalam.

Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau akan meneruskan langkah reformasi untuk mengubah negara ke arah kebaikan dengan sedaya-upaya.


Tegasnya, Malaysia sebagai sebuah negara yang kaya namun rakyatnya hidup dalam miskin kerana berlaku amalan curi harta rakyat yang dilakukan sebahagian pemimpin.


"Tidak kira ‘hang’ pakai serban, baju kot atau semua, Tan Sri, Tun, atau daripada parti manapun, kalau hang curi duit, kita masukkan (penjara), bilik saya di Sungai Buloh (penjara) kosong lagi," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page