top of page

Rakyat meluat Pas di Terengganu, PH perlu ambil kesempatan memacu gelombang perubahan



Pemilihan KEADILAN 2022 diharap menjanjikan barisan kepimpinan yang boleh menggempur kubu Pas di Terengganu.


Menurut calon Ketua Cabang KEADILAN Kemaman, Ahmad Nazri Yusoff (gambar, tengah), rakyat Terengganu sejak setahun kebelakangan ini menunjukkan isyarat menolak pemerintahan Pas yang mereka anggap amat lemah.


Cuma, katanya KEADILAN dan Pakatan Harapan (PH) perlu menemukan cara untuk meyakinkan rakyat bahawa mengundi PH akan memperbaiki keadaan pemerintahan.


"Bagi saya peluang KEADILAN balik sama ada di Kemaman atau Terengaganu. Kita mesti perkemas jentera yang sanggup bertemu orang ramai untuk kenalkan nama KEADILAN kerana kita selama ini tenggelam akibat Pas dan Umno.


"Selepas PRU 14 pengundi mengharapkan perubahan dari kerajaan Pas. Pengundi kecewa kerana tiada apa apa perubahan berlaku, malah lebih teruk daripada kerajaan Umno


"Kebelakangan ini masyarakat meluat. Orang mencari alternatif ketika mereka sudah rasa cara Umno dan Pas memerintah. Jadi mereka mencari pilihan ketiga.Rugi bagi kita kalau KEADILAN tak bentuk pasukan untuk menang kerana pengundi sedang datang ke kita. Kita perlu bentuk semula struktur peringkat cabang yang boleh bekerja, bukan sekadar jadi calon.


"Ini masalah KEADILAN di Terengganu. Kita lambat bertindak biar pun ada peluang," katanya dalam rancangan "Jangan Panas Bersama Sam" yang dimoderatorkan oleh Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd Akin, semalam.


Menurut Nazri lagi, calon yang amat banyak menawarkan diri bertanding pada pemilihan kali ini menunjukkan parti tidak kekurangan pemimpin.


Namun, katanya, anggota perlulah memilih calon yang boleh berkhidmat, bukan sahaja yang mahu glamour memegang jawatan.


"Semua orang berhak bertanding tetapi kita kena nilai diri kita. Apa kekuatan kita, apa yang boleh diberi pada parti. Jangan cari nama untuk bertanding tetapi tak beri manfaat kepada parti.


"Anggota KEADILAN menilai benda ini. Zaman sudah canggih mereka boleh rujuk internet dan tengok macam mana pergerakan dalam parti, sama ada aktif atau bila nak bertanding baru nampak.


"Oleh itu saya berharap ahli KEADILAN Terengganu pilih calon yang betul betul mahu berkerja untuk parti bukan sekadar cari nama," katanya.


Seorang lagi panel, Fakhrul Anuar (gambar, kanan) yang merupakan Ketua Cabang Kuantan. Beliau menang tanpa bertanding.


Bagi Fakhrul, pemilihan kali ini penting untuk mencari pemimpin terbaik selepas KEADILAN mengalami kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri Melaka dan Johor.


Katanya, parti amat memerlukan pemimpin yang boleh diterima rakyat untuk mengembalikan sokongan pada PRU 15, terutama di Pahang.


"Pahang bukan negeri mudah untuk ditawan, kita ingat Johor paling kuat, rupanya Pahang teguh. Bagaimanapun mood pengundi untuk membuat perubahan itu ada di kawasan bandar, ini dibuktikan pada PRU 14 PH menambah kerusi.


"Akan datang kita percaya setiap strategi dibuat peringkat negeri untuk mempertahankan 2 parlimen di bawah KEADILAN. Kita sejak 2 tahun tahun lalu telah melantik penyelaras peringkat DUN dan parlimen. Gerak kerja kita lakukan lebih tersusun dan diharap membuahkan hasil," katanya.


Ditanya siapakah yang layak untuk menang jawatan Timbalan Presiden KEADILAN, Anuar berkata, kedua calon mempunyai kelebihan masing masing namun rakyat perlu memilih salah seorang yang terbaik.


"Kita melihat calon diperlukan waktu terdekat ini iaitu mengahdapi perang PRU 15. Kita perlukan komander yang akan memimpin peilihan raya. Ini peluang kita memastikan calon yang menjadi timbalan mempunyai agenda jelas bagi berdepan Umno-BN dan juga PN. Ini saya fikir perlu ada kepada dua duanya. Mereka ada kelebihan masing masing.


"Rakyat dan juga bukan ahli parti, mendapati Rafizi aset kepada negara, begitu juga Saifuddin, juga aset kepada negara," katanya.


Begitu juga pimpiman dalam Angkatan Muda KEADILAN, tambah Fakhrul, perlu dipilih dalam kalangan anak muda terbaik yang dikagumi ramai kerana pertambahan pengundi muda pada PRU 15 agak besar di semua parlimen.


Ketua AMK, katanya perlu berupaya menarik Undi 18 menyokong KEADILAN dan PH.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page