top of page

Rakyat Malaysia terkandas hargai usaha PM bawa keluar dari Gaza

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Nov 13, 2023
1 min read


Rakyat Malaysia yang berkahwin dengan seorang warga Palestin, Nurul Ain Haron berasa amat terhutang budi dengan usaha Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Kementerian Luar Negeri yang berjaya mengeluarkan mereka dari kepungan dan serangan tentera Israel di Gaza.


Dalam satu sidang video bersama PM yang masih berada di Mekah, Nurul Ain mengucapkan ribuan terima kasih kepada PM kerana telah melepasi sempadan Gaza - Mesir.


Dalam rakaman perbualan PM dan Nurul itu, Anwar berkata sewaktu lawatannya ke Mesir, beliau memohon Presiden Abdel Fattah Es Sisi membantu mengeluarkan warga Malaysia yang terperangkap.


"Kita juga terima kasih. Bila saya jumpa Presiden Fattah El Sisi saya minta dia mempermudahkan, dan dia bagi jaminan," katanya.


Suami Nurul, Mohamed A.M. Shaat seorang warga Palestin turut menyampaikan ucapan penghargaan kepada PM.


Dalam pada itu, Anwar berpesan apabila mereka tiba di Malaysia tanggungjawab utama adalah untuk menceritakan kepada rakyat yang menyokong perjuangan Palestin, bagaimana dahsyatnya kekejaman Israel di bumi Gaza.


"Nanti bila tiba di Malaysia jelaskan supaya ramai tahu apa dilakukan (Israel), kezaliman berterusan. Nampak masih berterusan. Ia memang sangat memprihatinkan," katanya lagi.


Anwar dalam rakaman itu menyifatkan pembunuhan beramai ramai rejim Israel yang mengorbankan 11,000 penduduk Palestin sebagai kekejaman yang di luar batas imaginasi kemanusiaan.


Katanya, rakan beliau Presiden Erdogan dan El Sisi juga mengecam keganasan yang amat menjijikkan pada ketika ini.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page