top of page

Rakyat Malaysia perlukan sebuah kerajaan yang stabil - Pakatan Harapan Sabah


Pakatan Harapan (PH) Sabah menegaskan bahawa rakyat Malaysia memerlukan sebuah kerajaan yang stabil, bukannya kerajaan yang sedang dilanda krisis pergolakan politik dan perebutan kuasa.


Dalam satu kenyataan, PH Sabah menganggap kerajaan persekutuan seharusnya mencontohi kestabilan politik di negeri Sabah dan Sarawak.


Ini boleh dibuktikan apabila kerajaan negeri dapat memberi tumpuan penuh kepada usaha untuk membangunkan semula ekonomi negeri dan memastikan rakyat Sabah dapat melepasi cabaran COVID-19 serta kembali menjadi destinasi pelancongan utama dunia.


"Kepimpinan YAB Ketua Menteri, Datuk Seri Shafie Afdal setakat ini terbukti dapat memberi manfaat kepada rakyat Sabah keseluruhannya.


"Konflik antara kaum dan fanatik beragama perlu diminimakan dalam membina masa depan negara. Kita tidak mahu negara ini diheret dengan prasangka antara kaum dan menjadi bom jangka di masa hadapan.


"Justeru, PH Sabah mengesa agar mandat rakyat dikembalikan supaya kita boleh fokus dalam menangani isu ekonomi untuk meningkatkan pendapatan rakyat dan sektor pendidikan yang menjadi nadi pembangunan insan negara," menurut kenyataan itu.


Pada masa sama, PH Sabah mencadangkan supaya formula politik di Malaysia Timur terutama di Sabah dapat menjadi rujukan kepada pemimpin kerajaan dalam mengatasi kemelut politik yang melanda negara.


"Sudah tiba masanya pemimpin Sabah dan Sarawak diberi peranan strategik dalam menerajui kepimpinan negara kerana kebijaksanaan dan kematangan mereka dalam mengurus kepelbagaian etnik dan agama.


"PH Sabah berharap model politik matang yang diamalkan di Malaysia Timur dalam konteks politik negeri yang berbilang kaum dan agama ini dapat diterjemahkan dalam konteks politik negara," kata kenyataan itu.


Kenyataan itu merupakan kenyataan bersama PH Sabah yang diwakili oleh Pengerusi PH Sabah dan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri, Datuk Christina Liew, Pengerusi DAP Sabah, Datuk Poon Ming Fung dan Penegerusi Amanah Sabah, Lahirul Latigu.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page