top of page

Rakyat Malaysia perlu nyatakan solidariti kepada Palestin di ambang tahun baharu



Rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa seharusnya bersama sama dalam program solidariti demi Palestin di ambang tahun baharu 2024.


Menurut Naib Ketua Pemuda AMANAH, Faris Arriffin berkata, rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama, dan fahaman politik seharusnya menyokong program-program solidariti demi membela nasib rakyat Palestin dalam konflik hak asasi dan kemanusiaan terburuk sejak perang dunia kedua.


Faris juga berkata, Pemuda AMANAH menyambut baik tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengeluarkan arahan agar syarikat perkapalan berpangkalan di Israel dilarang berlabuh atau memuatkan kargo di mana-mana pelabuhan Malaysia.


"Afrika Selatan juga baru-baru ini telah memfailkan kes pendakwaan terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) atas jenayah genosid ke atas rakyat Palestin.


"Menjadi suatu kemestian untuk reaksi drastik ini kita membantah sekeras-kerasnya tindakan Israel yang mengenepikan prinsip asas kemanusiaan dan melanggar undang-undang antarabangsa menerusi pembantaian dan kekejaman berterusan terhadap warga Palestin.


"Kecaman terhadap keganasan Israel semakin mendapat sambutan melalui perkhabaran berita terkini tentang pakatan ketenteraan di Laut Merah iaitu Operasi Penjaga Kemakmuran atau “Operation Prosperity Guardian” (OPG) yang dikelolakan oleh Amerika Syarikat namun tidak mendapat sambutan daripada China, Perancis, Sepanyol dan Itali


"Jalan perkapalan menuju ke Israel di Laut Merah dihalang oleh ancaman dan tekanan bertubi-tubi oleh tentera Houthi Ansarullah dari Yaman sebagai tanda protes kepada keganasan Israel," katanya dalam kenyataan.


Namun Faris berkata, amat menyedihkan hipokrasi pemimpin pemimpin negara Arab yang terlibat dalam misi penghantaran darat barang dagangan ke Israel rentetan perjanjian Abraham Accords.


Negara Arab, katanya bersekongkol untuk menyelamatkan penghantaran kargo antara negara-negara Teluk dan Israel melalui Saudi Arabia, Jordan dan Mesir yang meningkat berkali ganda sejak kebelakangan ini.


Namun, bagi Faris biar pun dikhianati negara jiran Palestin, negara dunia lain menyokong perjuangan rakyat negara itu untuk bebas daripada penjajahan zionis.


"Dunia menyaksikan hari demi hari sokongan terhadap pembebasan rakyat Palestin daripada keganasan Israel semakin memuncak.


"Pemuda AMANAH yakin bahawa kemenangan rakyat Palestin untuk memerdekakan tanah air mereka semakin hampir, melalui semangat yang diterjemahkan oleh perarakan dan himpunan Pro-Palestin di seluruh dunia.


"Tekanan demi tekanan oleh warga dunia pencinta keamanan dan keadilan sejagat sama ada di London, Berlin, Paris dan Washington, mahupun negara-negara Amerika Selatan dan Afrika, membuktikan Israel dan Amerika Syarikat makin terpencil dan bersendirian dalam kemelut ini," katanya lagi.


Beliau berharap sejarah akan menyaksikan rakyat Malaysia yang rahmah tidak tergolong dalam kalangan mereka yang berdiam diri pada waktu saudara sesama manusia di Palestin ditindas sekejam-kejamnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page