top of page

Rakyat mahukan pelabur Arab, Anwar berjaya lakukannya - Sany Hamzan



Rakyat berbilang bangsa mahukan lawatan Perdana Menteri (PM) yang membuahkan hasil berupa pelaburan langsung asing (FDI) bagi memulihkan ekonomi Malaysia.


Menurut Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan, sekiranya perkara berkaitan ekonomi yang diperhatikan rakyat maka lawatan PM ke Arab Saudi berakhir semalam begitu berjaya.


Beliau berkata demikian menjawab keceluparan pembangkang berhujah kononnya lawatan PM ke Arab Saudi gagal kerana tidak bertemu Raja Salman Abdulaziz al Saud dan Putera Mahkota Raja Mohamad Salman.


"Bagi negara dan rakyat, kita amat perlukan pelaburan masuk ke negara kita dari negara yang kita lawati. Melalui pelaburan ini, negara boleh membina banyak peluang pekerjaan untuk rakyat.


Bertemu pemain utama industri Arab Saudi merupakan harapan rakyat dalam lawatan DS Anwar

"Sehingga kini kita lihat gambar dan kenyataan dari PM Anwar bahawa beliau bertemu dengan International Islamic Bank (IDB) yang berpusat di Saudi dan beliau bertemu dengan komuniti perniagaan di sana dalam kunjungan beliau baru-baru ini.


"Beliau juga telah menyaksikan pemeteraian tiga Memorandum Persefahaman (MOU) antara Dagang Nexchange Bhd dan Ajlan & Bros Holding Group Co; Dewan Perniagaan Antarabangsa Kuala Lumpur dan Wadi Makkah Knowledge Co; dan Qhub International Sdn Bhd dan Eromman Technologies Sdn. Bhd," katanya dalam kenyataan hari ini.


Perkara kedua yang perlu dalam lawatan, kata Sany, ialah membina hubungan baik dengan rakan politik di luar negara.


Hal itu katanya telah berhasil dilakukan Anwar kerana beliau telah menerima kunjungan hormat Setiausaha Agung OIC Tuan Yang Terutama Hussein Brahim Taha dan rombongannya ketika berada di Mekah.


"Dalam pertemuan itu, pelbagai isu yang dibincangkan antaranya isu negara Palestin, Afghanistan, Islamophobia, proses rundingan damai selatan Thai dan Filipina serta beberapa permasalahan lain yang dihadapi umat Islam saat ini.


"Memang PM Anwar bersedih kerana beliau tidak sempat berjumpa dengan Raja Arab Saudi dan Putera Mahkota berikutan perubahan jadual mereka, dan PM tidak dapat melanjutkan lawatan ke Saudi kerana terikat dengan jadual yang lain


"Ia dinyatakan sendiri oleh PM Anwar, “Saya sambut baik pandangan ini tetapi agak dukacita kerana tidak dapat memenuhi, termasuk pertemuan yang dijdualkan dengan Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud dan Putera Mahkota, kerana dijadualkan esok untuk majlis iftar bersama Yang di-Pertuan Agong dan sejurus selepas itu lawatan rasmi ke Kemboja”


"Jadi yang berdukacita bukannya negara, rakyat atau pembangkang sepatutnya apabila tidak dapat bertemu dengan pemimpin Saudi tetapi PM Anwar sendiri, sedangkan tugas untuk negara, rakyat dan termasuk pembangkang sudah berjaya dilaksanakan," jelasnya.


Sebaliknya Pengarah Mobilisasi Parti Amanah Negara bertanya, apakah yang negara dan rakyat perolehi sekiranya lawatan Anwar tersebut hanya bersifat politik dan ibadah di dua kota suci umat Islam semata mata.


"Apa yang rakyat dan negara dapat kalau PM Anwar dapat masuk Kaabah sebagaimana yang dikehendaki oleh Wan Faysal?


"Jadi apa yang walaun semua nak bising ni sebenarnya," katanya lagi.


Pembangkang sejak semalam bising mempertikaikan lawatan Anwar Ke Arab Saudi membazir kerana tidak menemui ketua negara berkenaan.


Bagaimanapun mereka tidak pula membariskan jumlah usahawan atau pemain industri Arab Saudi yang ditemui dalam lawatan bekas PM Mahiaddin Yassin.


Hakikatnya, pelaburan dari dunia Arab tidak pernah meningkat sepanjang kerajaan PN - BN memerintah dari 2020 - 2022.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page