top of page

Rakyat mahu tahu alasan terperinci pembebasan Ku Nan - William


Pembebasan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor atau Ku Nan oleh Mahkamah Rayuan baru-baru ini atas tuduhan menerima rasuah RM2 juta berhubung tugas rasminya lima tahun lalu perlu penjelasan lanjut, kata Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen.


Beliau yang merupakan peguam korporat berkata, perkara itu penting kerana rakyat mahu tahu atas faktor apa Ku Nan dibebaskan sedangkan umum maklum kes rasuah beliau jelas dan berjaya dibuktikan di Mahkamah Tinggi sebelum ini.


Menurut William, sehingga hari ini alasan pembebasan Ku Nan yang terperinci tidak disediakan. Kegagalan memberi penjelasan tuntas, katanya, boleh mengakibatkan rakyat hilang kepercayaan terhadap sistem keadilan negara.


"Fakta telah didedah semasa bicara. Rakyat hendak tahu alasan terperinci mengapa Mahkamah Rayuan mendapati Ku Nan tidak salah. Kalau tidak rakyat akan ada keraguan tentang sistem undang-undamg dan keadilan negara,” katanya.


Terdahulu, Ku Nan dibebaskan dan dilepaskan oleh Mahkamah Rayuan pada 16 Julai lepas. Ini menjadikan beliau terlepas daripada menerima hukuman penjara 12 bulan dan denda RM2 juta atas pertuduhan yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, tahun lalu.


Keputusan dibuat menerusi majoriti 2-1 itu disampaikan oleh Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Suraya Othman yang mengetuai tiga panel selepas membenarkan permohonan Ku Nan untuk mengenetepikan hukuman yang disabitkan ke atasnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelumnya.


Beliau bersidang bersama ialah Hakim Datuk Abu Bakar Jais dan Hakim Ahmad Nasfy Yasin.


Pada 21 Disember 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan dan denda RM2 juta selepas Ku Nan didapati bersalah atas pertuduhan menerima rasuah RM2 juta berhubung tugas rasminya lima tahun lalu.


Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page