top of page

Rakyat kini makin selesa berbelanja, kata tinjuan



Tinjauan dilakukan sebuah badan kajian baru-baru ini mendapati dua pertiga rakyat Malaysia berpandangan kerajaan telah membawa negara di landasan yang tepat.


Melalui kajian yang memberi tumpuan kepada sentimen masyarakat, terutamanya kebimbangan mereka tentang isu ekonomi dan politik semasa menunjukkan rakyat Malaysia kurang bimbang berhubung inflasi.


Kebimbangan terhadap inflasi menurun daripada 43 peratus pada Januari 2023 kepada 36 peratus pada Mac 2023.


Malah, majoriti responden juga bersetuju bahawa mereka kini lebih selesa membuat perbelanjaan berbanding enam bulan lepas, sama ada dari segi barang keperluan rumah atau perbelanjaan besar.


"Seperti yang dilihat dalam pilihan raya umum di serata dunia, sentimen umum mencapai kemuncak pasca perubahan kerajaan sebelum menurun kepada norma baharu," kata Pengarah Pengurusan Ipsos Malaysia Arun Menon, dan Pengurusan Penyelidikan Hal Ehwal Awam Ipsos Iris Ng dipetik.


Ipsos menjalankan tinjauan ke atas kebimbangan responden setiap bulan di 32 negara serata dunia, dengan sampel yang dikaji di Malaysia melibatkan seramai 500 responden.


Sementara itu berdasarkan laporan sama, meskipun kerisauan rakyat tentang isu ekonomi semakin menurun, mereka bagaimanapun dilihat semakin bimbang tentang isu rasuah politik atau kewangan.


Tidak dapat dipastikan apakah kadar kebimangan itu dapat dikaitan dengan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa beberapa pemimpin politik berkaitan dakwaan salah guna kuasa dana pakej rangsangan ekonomi yang dibelanjakan kerajaan sebelum ini.

Pada Januari 2023, 43 peratus responden menyatakan kebimbangan mereka berhubung isu rasuah yang meningkat kepada 51 peratus pada Mac lalu.


Angka itu bagaimanapun bukan jumlah tertinggi dalam tinjauan Ipsos, yang mencatatkan kebimbangan tentang rasuah pada tahap kemuncak pada September 2022.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page