top of page

Rakyat dijemput hadiri amanat tahun baharu 2023 PM petang ini

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Dec 31, 2022
1 min read


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan menghadiri program Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 di Masjid Putra, di Putrajaya, petang ini.


Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff, berkata program pengisian malam tahun baharu 2023 itu akan bermula jam 6.30 petang.


Turut akan dihadiri jemaah menteri beragama Islam, ia akan bermula dengan aktiviti jamuan makan malam diikuti solat Maghrib, solat hajat, bacaan Yasin dan doa selamat pada 7.15 malam


Perdana Menteri kemudian dijadual memberi ucapan amanat khas pada 8 malam yang turut disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebelum menunaikan solat Isyak pada 8.30 malam.


"JAKIM turut menjemput seluruh kaum muslimin dan muslimat untuk hadir beramai-ramai bermunajat serta mendoakan kesejahteraan dan keselamatan negara serta seluruh lapisan masyarakat agar sentiasa dirahmati Allah SWT, " kata Hakimah dalam kenyataan


Pada 21 Disember lalu, Anwar mengumumkan sambutan Ambang Tahun Baharu yang biasanya disambut pada 31 Disember di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, dibatalkan susulan tanda solidariti kepada rakyat yang terkesan dengan bencana banjir di beberapa negeri.


Serentak pengumuman itu, beberapa negeri turut membatalkan sambutan berkenaan termasuk Selangor dan Pulau Pinang

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page