top of page

Raikan semangat perpaduan sempena Hari Malaysia - Fahmi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 16
  • 1 min read

ree

Hari Malaysia seharusnya disambut oleh semua rakyat dengan penuh patriotik hari ini.


Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, rakyat Malaysia perlu mengambil peluang pada 16 September untuk bersama-sama meraikan sambutan dengan penuh semangat perpaduan, kebebasan dan cinta terhadap tanah air.


Ketua Penerangan KEADILAN itu berkata, perpaduan yang dikecapi pada hari ini adalah hasil daripada pengorbanan dan usaha bersama seluruh rakyat.


"Perpaduan yang kita kecapi hari ini ialah hasil pengorbanan dan usaha bersama," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Fahmi, perpaduan merupakan harta paling berharga yang mesti sentiasa dipelihara dan diwariskan kepada generasi akan datang.


"Perpaduanlah harta paling berharga yang mesti kita pelihara dan wariskan kepada generasi akan datang," ujarnya.


Sehubungan itu, beliau menjemput orang ramai hadir memeriahkan sambutan Hari Malaysia yang akan berlangsung malam ini di Pusat Konvensyen PICCA, Butterworth.


"Dipersilakan semua hadir untuk memeriahkan sambutan Hari Malaysia malam ini di PICCA, Butterworth," katanya.


Untuk rekod, Hari Malaysia merupakan perjuangan Pakatan Harapan sejak tahun 2000. Hari Malaysia akhirnya diisytiharkan sebagai cuti umum pada 2010 oleh kerajaan pada waktu itu sebagai mengiktiraf rakan kongsi Sabah dan Sarawak yang membentuk Malaysia bersama Semenanjung pada 16 September 1963.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page