top of page

Raikan semangat Deepavali, tolak ketidakadilan, kejahatan



Perayaan Deepavali yang disambut penganut Hindu dan masyarakat keturunan India pada esok hari adalag perayaan cahaya mengatasi kegelapan.


Menurut Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Perseketuan, Andre Lai, falsafah Deepavali yang menandakan kemenangan cahaya ke atas kegelapan dan memberi Deepavali nama Pesta Cahaya, harus dijadikan kekuatan untuk menjana semangat perjuangan menentang ketidakadilan yang terus-menerus berlaku di negara ini.


"Kebelakangan ini, banyak peristiwa yang kurang gembira telah melanda negara kita. Dari Langkah Sheraton, perubahan puncak pimpinan negara, Covid 19 dan baru-baru ini pengumuman Pilihan Raya Negeri Melaka menyuramkan suasana keharmonian


"Ramai yang masih dalam kemelut mencari pendapatan dan mendapatkan keselesaan hidup setelah berbulan dalam keadaan tidak menentu akibat Covid 19.


"Cahaya di dalam kegelapan pada Deepavali, merupakan satu pedoman kepada generasi hari ini. Ia sentiasa mengingatkan kita supaya mendapatkan pembaharuan demi kebaikan manusia sejagat.


"Dalam konteks KEADILAN, pembaharuan adalah reformasi. Tolak segala kejahatan, tolak segala ketidakadilan. Itulah juga semangat Deepavali. Tidak kira di mana kita berada, mari kita ambil peluang ini untuk menyemarakkan pesta cahaya di bumi Malaysia yang bertuah," katanya.


Sehubungan itu, Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju itu juga mahu rakyat meraikan Deepavali dengan semangat hormat menghormati antara sesama kaum dan semaikan harapan agar Malaysia diberkati dan penuh keamanan serta kemakmuran.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page