top of page

Raikan Aidiladha penuh penghayatan, kemenangan pasti akan tiba

Updated: Jul 20, 2021


Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam supaya meraikan Aidiladha dengan menghayati sepenuhnya makna pengorbanan.


Beliau memahami bagaimana umat Islam meraikan Aidiladha dalam norma baru yang serba terbatas demi kepentingan dan keselamatan semua.


"Kita mengimbau semula peristiwa bersejarah tatkala Nabi Ibrahim diuji dengan perintah mengorbankan anak sulungnya, Nabi Ismail atas nama keyakinan.


"Perintah ini pastinya tidak mudah untuk dilaksanakan oleh sang ayah dan juga sang anak, namun atas dasar keyakinan kepada rencana Tuhan, detik-detik getir saat bilah pisau hampir mengenai tengkuk anakandanya diharungi dengan selamat.


"Allah mendatangkan penyelesaian, dan Nabi Ismail terselamat. Mereka berdua lulus.


"Sikap ini memerlukan tekad yang ampuh sebagai syarat menempuhi badai yang kuat menghempas," katanya dalam perutusan Aidiladha.


Pada masa sama, Anwar menyifatkan bahawa ibadah haji melatih umat untuk bersikap cekal dan sederhana, di samping meraikan kesamarataan dan kepelbagaian.


"Berangkatnya umat ke tanah suci berpakaian serba putih menandakan kesediaan mencorak peribadi baru yang tidak tunduk pada keangkuhan dan kemewahan yang melampau.


"Renungkan semula wasiat Rasulullah tatkala baginda menatap wajah ribuan generasi awal Muslimin di padang Arafah dalam khutbah haji terakhirnya yang menyeru pada nilai-nilai keadilan dan kesejagatan.


"Sungguh yang demikian merupakan pengajaran abadi buat seluruh umat manusia sebagai panduan dalam perjuangan agar tidak terjerumus ke lembah kezaliman.


"Justeru raikanlah Aidiladha ini dengan penuh penghayatan terhadap makna hakikinya. Letakkanlah keyakinan kepada masa depan perjuangan kita, merdekakan diri daripada diperhambakan oleh harta, pangkat dan kuasa.

Bersegeralah membantu rakyat yang susah dengan penuh kerendahan jiwa. Insya-Allah, kemenangan pasti akan tiba," katanya.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page