top of page

Rafizi nafi dakwaan harga RON95 dan Diesel akan naik



Menteri Ekonomi menafikan khabar angin tular di media sosial yang mendakwa harga petrol RON95 dan diesel akan naik sebelum Aidilfitri ini susulan pelaksanaan subsidi bersasar.


Bercakap kepada pemberita selepas Sesi Libat Urus Bersama Menteri Ekonomi berkaitan PADU di Shah Alam pada Sabtu, beliau menegaskan fokus kerajaan ketika ini adalah kepada penyediaan bantuan dan sistem sokongan terutamanya pendaftaran PADU sebelum memikirkan sebarang keputusan melibatkan subsidi petrol dan diesel.


"Kami telah menjelaskan bahawa kami mahu terlebih dahulu menyediakan semua bantuan dan sistem sokongan untuk rakyat sebelum sebarang keputusan mengenai subsidi petrol.


"Keputusan seperti kenaikan harga petrol tidak mungkin dibuat memandangkan ia terlalu hampir dengan tarikh pelaksanaan PADU.


"Kerajaan juga mengumumkan sebelum ini pelaksanaan subsidi bersasar akan berlangsung pada suku kedua ke atas kerana bila kita lihat garis masa, kita memang perlukan suku pertama kira-kira empat ke lima bulan pertama untuk menyelesaikan sistem sokongan untuk bantuan kepada orang ramai," katanya dipetik.


Sementara itu, beliau turut menegaskan kerajaan tidak akan melanjutkan tarikh akhir 31 Mac yang ditetapkan untuk PADU dan menasihatkan mereka yang masih belum mendaftar untuk berbuat demikian secepat mungkin.


"Ia penting bagi kerajaan untuk penstrukturan semula subsidi yang dirancang dan disasarkan. Melanjutkan (tarikh akhir) akan menyebabkan kerajaan menanggung kos tambahan RM2 bilion sebulan dalam subsidi bahan api," tambahnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page