top of page

Rafizi, Dr Zambry pengerusi bersama jentera PRK Sungai Bakap

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Jun 12, 2024
  • 1 min read

ree

Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap menyaksikan gabungan padu Pakatan Harapan (PH) dan BN yang akan turun bersama sebagai pasukan.


Menurut Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia, Dr Asyraf Wajdi Dusuki, keputusan telah dibuat dalam mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia BN-PH semalam untuk melantik pemimpin PH dan BN dalam jawatankuasa bersama menguruskan PRK berkenaan.


"Bagi maksud penyelarasan dan penyeragaman gerak kerja jentera PRK, mesyuarat memutuskan untuk melantik Rafizi Ramli dan Senator Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk Jentera Pilihanraya Kerajaan

Perpaduan.


"Manakala Pengerusi Operasi Bersama PRK DUN Sungai Bakap mewakili Kerajaan Perpaduan Pulau Pinang akan diketuai oleh Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid dan Datuk Musa Sheikh Fadzir," katanya.


Dalam kenyataan sama, Asyraf juga menyatakan pengumuman calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan akan dibuat secara rasmi pada 12 Jun 2024, pukul 9 malam.


Mesyuarat sekretariat itu diadakan bersama pimpinan tertinggi Pakatan Harapan dan Barisan Nasional di Seri Perdana Putrajaya semalam.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page