top of page

Rafizi bidas Annuar Musa, Inflasi kini lebih rendah dari era PN



Oleh: Azuan Ab Rahman


Kenyataan pemimpin Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa mendakwa Kerajaan Madani gagal mengawal keadaan ekonomi negara dibidas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.


Rafizi menerusi satu hantaran di laman X menegaskan, Kerajaan Perpaduan sepanjang tahun lalu telah bertindak menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi.


Langkah itu tegasnya bagi membolehkannya harga barang dikawal agar tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan PN sebelum ini.


"Kami tak adalah umum sampai jihad lawan inflasi, tapi inflasi turun kepada kadar yang terendah.


"Kerajaan tumpu kepada perkara yang menjadi punca kenaikan kos sara hidup seperti gaji naik perlahan, maka (dilakukan) pelarasan gaji kakitangan awam dan dasar gaji progresif.


"Tambah kapasiti pengeluaran makanan dengan peruntukan besar untuk memodenkan pertanian selain baiki rantaian bekalan, maka kita secara berterusan lihat rantaian bekalan padi, telur dan makanan asas, menggalakkan penjualan berpatutan melalui Jualan Rahmah," katanya.


Annuar yang pernah dilantik sebagai Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi pada era pentadbiran Perikatan Nasional (PN) ketika berucap dihadapan penyokongnya di Dewan Besar Markas Pas Kawasan Bagan Datuk, Perak mendakwa rakyat kini berdepan saat yang paling dahsyat dan sukar.


Bekas Ahli Parlimen Ketereh itu mendakwa harga barang ketika ini sangat tinggi dan cukai amat membebankan rakyat.


Sementara itu, Rafizi sebagai mengulas tuduhan Annuar berkata, selain menstabilkan harga barangan dan menurunkan inflasi, Kerajaan Perpaduan turut menitikberatkan penyasaran subsidi kepada keluarga memerlukan bagi mengurangkan bebanan tanggungan dengan pemberian sumbangan tunai.


"Sementara harga barang adalah fungsi penawaran dan permintaan, fokus kerajaan tingkat pendapatan rakyat, bukan semata-mata melihat kepada kos barang.


"InshaAllah akan lebih membuahkan hasil daripada Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi," katanya.


Sebagai rekod, inflasi ketika zaman PN adalah pada kadar 4.0% dan pernah cecah 4.5%.

Usaha berterusan dilaksana Kerajaan Perpaduan bagaimanapun berjaya menurunkan kadar Inflasi negara sehingga 1.5%, manakala inflasi makanan turun daripada 7.3% kepada 2.3%.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page