top of page

Puspanita disaran anjur program gaya hidup aktif dengan komuniti



Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) disaran agar terus mendekati masyarakat melalui Program Puspafit @komuniti.


Penaungnya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, selain merapatkan hubungan antara masyarakat setempat, beliau berharap program itu juga akan dapat membudayakan sukan menerusi amalan gaya hidup cergas dan aktif.


"Puspafit ini untuk (menarik minat masyarakat) menjaga kesihatan dan bukan sahaja melalui sukan tetapi juga aktiviti riadah dan melalui tarikan lain.


" … supaya orang berminat sebab kita dah biasa sangat hidup dengan telefon bimbit, screen time (yang lama) jadi kita perlukan satu interaksi, ini satu daripada caranya," katanya dipetik.


Mantan Timbalan Perdana Menteri itu ditemui selepas merasmikan Program Puspafit @komuniti di Kompleks Sukan Bandar Tun Razak.


Program diadakan semalam diisi dengan pelbagai program antaranya aerobikthon, sukaneka dan perlawanan bola jaring selain pemeriksaan kesihatan oleh Klinik Kesihatan Bandar Tun Razak


"Antara acara sukaneka yang diadakan ialah pertandingan mewarna, meniup belon, menganyam ketupat, batu seremban, gusti lengan dan baling bola," tambah Dr Wan Azizah.


Ia turut diserikan dengan pameran oleh jabatan dan agensi seperti Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara.

Turut diadakan adalah penyampaian sumbangan peralatan sukan kepada wakil penduduk di Parlimen Bandar Tun Razak dan penyampaian hadiah pertandingan badminton antara subzon di Parlimen Bandar Tun Razak,


Selain Dr Wan Azizah, program tersebut turut dihadiri Yang Dipertua Puspanita, Puan Sri Norizam Che Mohd Nor.


Sebagai rekod, tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 menunjukkan 1.7 juta rakyat Malaysia menghidapi penyakit tiga serangkai iaitu diabetes, darah tinggi dan kolesterol tinggi yang sekali gus menekankan kepentingan gaya hidup sihat kepada masyarakat.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page