Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras DUN Batang Kali santuni mangsa banjir
- Suara Keadilan

- 18 minutes ago
- 1 min read

Oleh: Azuan Ab Rahman
Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras DUN Batang Kali menyalurkan bantuan makan malam kepada 130 mangsa daripada 16 keluarga yang terjejas akibat banjir di Kampung Pasir, Ulu Yam, pada Jumaat.
Inisiatif itu sebagai tanda keprihatinan pihaknya bagi memastikan kebajikan semua mangsa — khususnya kanak-kanak dan warga emas — terus terjamin selepas seharian bertungkus-lumus membersihkan kediaman masing-masing.
"Pengagihan bantuan diselaraskan bersama Ketua Kampung Pasir, Mokhtar Khalidin supaya setiap keluarga dipastikan menerima bantuan yang diperlukan.
"Bantuan bakul makanan juga telah disalurkan kepada 6 buah keluarga Orang Asli di Serendah yang juga terjejas kejadian banjir.
"Pejabat Penyelaras DUN Batang Kali diwakili saudara Mohamad Fahthul Karib selaku Koordinator Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA), yang membantu menyampaikan bantuan awal kepada semua penerima," kata Penyelaras DUN Batang Kali, Saifuddin Shafi Muhammad menerusi perkongsian di Facebook.
Saifuddin, yang juga Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Hulu Selangor, memaklumkan bahawa Ahli Majlis, Aylwin Chan Wai Tuck bersama Tok Batin Jamal Jalil turut meninjau situasi banjir dan berbincang dengan pihak JAKOA mengenai cadangan pemindahan penduduk ke lokasi lebih selamat.
"Saya berharap bantuan ini dapat meringankan beban mereka yang sedang berusaha memulihkan keadaan selepas banjir.
"Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras DUN Batang Kali akan terus memantau perkembangan di lapangan dan komited memastikan kebajikan semua mangsa sebagai keutamaan dengan menyalurkan bantuan susulan mengikut keperluan semasa," tambahnya.









Comments