top of page

Pusat Khidmat Port Dickson beri khidmat cemerlang dalam kekurangan dana



Kad Laporan prestasi Ahli Parlimen Port Dickson (PD), Datuk Seri Anwar Ibrahim memaparkan pelbagai program yang dilaksanakan sepanjang tahun 2020.


Menurut Ahli Parlimen Port Dickson, biar pun dalam kekurangan dana beliau dan Pusat Khidmat Port Dickson berjaya menganjurkan pelbagai program bagi manfaat penduduk setempat.


"Meskipun berhadapan dengan pandemik Covid-19 dan kekangan kewangan, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Port Dickson masih dapat menjalankan amanah dan khidmat bakti kepada warga PD.


"Azam kami bagi tahun 2021 di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Port Dickson ialah untuk terus menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh pengundi-pengundi PD yang telah memilih YB Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berkhidmat membela nasib rakyat PD," kata kenyataan di Facebook rasmi Presiden KEADILAN itu.


Antara program yang kejayaan sepanjang tahun lalu adalah mewujudkan lebih 300 peluang pekerjaan (melalui Hospital UCSI dan KK Mart), konsep #SokongLokal bagi warga tempatan pasarkan produk, 10,374 menerima sumbangan Pusat Khidmat PD, 350 sumbangan kerusi roda, mewujudkan kelas tajwid, kelas Bahasa Arab, kelas jahitan, tuisyen percuma, Akademi Bola Sepak PD serta Pusat Interaktif PD yang menyediakan komputer untuk akses internet kepada orang awam secara percuma.




0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page